Monday, June 4, 2012

Kisah hidup

Pagi isnin..

Isnin merupakan hari kedua aku aku bekerja berbanding orang lain, yang merupakan hari pertama bagi mereka. Aku tidaklah begitu malas aka culas nak mulakan hari Isnin seperti mereka. (hehe..yelah tu :P).

Ok, pagi-pagi aku dh buka facebook laman sosial yang menjadi favourite aku dan aku percaya ia menjadi favourite semua orang juga di luar sana. hehe. Tapi aku tak lah terlampau obses dengan laman sosial facebook ni. (betul3..). Asyik scroll and scroll tetikus yang aku pinjam dari PC kak has, aku tertarik dengan satu video yang diposkan oleh salah sorang friend di FB. Nak tau ke video pasal apa?

Aku tertarik dengan video abg Ally Iskandar and his lovely wife (Farah Lee). Walaupun internet slow nak mampus (macam sibut huhu) aku biarka video youtube itu buffering sendiri dan akhirnya aku berjaya tengok the whole vid. Yang membuat aku tertarik nak tengok because of... 1st sbb ally tu selebriti dan 2nd sebabkan perjalanan kisah cinta yang agak menarik bagi aku. Sebelum ni aku pernah dengar kisah diaorang tapi tak pernah terdetik nak tengok muka wife abg ally. Cantik dan manis sangat orangnya. Bagi aku dia memang sesuai dengan ally dan mempunyai ciri-ciri muslimah idaman lelaki (perempuan pun ckp dia cantik, inikan lelaki di luar sana :) ).

Bercinta selepas berkahwin? itulah yang berlaku antara ally dengan farah lee. Diorang diperkenalkan oleh adik ally yang merupakan junior farah lee. Kebetulan Ally memang sedang mencari calon isteri dan begitu jugak farah lee sedang mencari calon suami. Aku suka cara perkenalan diorang. Ally tak pernah lafazkan even perkataan "I Love U" dekat Farah. Ally berjumpa dengan farah dan secara serius bercakap nak jadikan farah sbg calon isteri (so sweet kn?). Then diorang berkenal-kenalan antara satu sama lain. Mungkin sudah takdir, jodoh sudah tertulis antara diorang. Semoga diorang berkekalan hingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga. Aminn..

****************************

Itu kisah mereka dan macam mana pula kisah aku? Aku sendiri pun belum pasti dan masih mencari jawapan bagi teka-teki perjalanan hidup aku. Aku masih kabur-kabur dengan masa depan aku dan apa yang aku nak capai dalam hidup. Tak dinafikan aku pun macam orang lain ada keinginan nak hidup bahagia dan tenang.


Sebut pasal bahagia, satu persoalan yang berlegar-legar dalam kepala. Macam mana nak bahagia dan tenang? Mungkin, aku tak cukup bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Masya'Allah...(ampunkan aku Ya Allah..). Berfikir sejenak, aku sepatutnya redha dan bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku masih ada family, dan juga kawan-kawan yang sentiasa support aku. Dan yang paling penting Allah sentiasa ada untuk aku. Itu yang membuatkan aku kuat sampai ke hari ini. Tapi, kadang-kadang aku lalai dan lupa untuk bersyukur dengan apa yang Dia tentukan.


Kekayaan, jodoh dan maut semua di tangan Tuhan. Dari segi kekayaan, aku yakin setiap dari kita boleh berjaya sekiranya ada kemahuan dan bersunguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Aku cuba mengikhlaskan hati dalam pekerjaan yang aku buat sekarang walaupun kadang-kadang aku sering juga merungut..huhu... Aku akui aku juga manusia yang lemah, sometimes lupa yang sepatutnya kerja itu adalah satu ibadah kalau kita betul2 iklhlas. Aku mahukan keberkatan...mungkin itu yang boleh membahagiakan aku dan memberi ketenangan kepada aku. Mudah-mudahan Allah memberkati pekerjaan aku sekarang.


Sebut pula mengenai jodoh...jodoh juga ditangan Tuhan. Kita tak mampu menolak atau sebaliknya sekiranya sudah ditetapkan si polan itu adalah jodoh kita.. Jadi siapakan si polan itu? aku juga tak tahu siapa si dia (si polan). Bersambung untuk kisah jodoh ini sebab entry aku terlalu panjang dan jari sudah penat menaip (hehe :p ). To be a continue.....

Do bawah, gambar wedding ally dengan farah. Bagai pinang dibelah 10. Aku suka kaler kuning itu..:)



p/s: sejak bila aku suka kaler kuning? :p. Tapi hakikatnya memang aku suka warna kuning especially songket kuning.. mungkin tema wedding aku kuning? haha...











Monday, May 28, 2012

It's not easy to change but we can make it.

Itu bukan aku.

Change.

Bukan senang nak berubah. Manusia masing-masing punyai sikap dan perangai tersendiri. Ada perangai positif dan negatif. Macam aku sendiri, hari-hari aku analyze sikap negatif sendiri dan aku cuba untuk berubah untuk menjadi lebih baik. Hakikatnya bukanlah mudah nk berubah. If we want to change, we need to be strong to achieve it.

Sikap malas.. Itulah sikap aku yang paling teruk. Bila orang tanya kenapa ko buat mcm ni? kenapa ko x buat mcm tu. Dengan slumber je aku jawab "MALAS". huhu..i know that's the bad habit. :(. Sebenarnyaada faktor yang menyebabkan aku malas. Antaranya, kekangan waktu, MONEY and importing thing semua tu aku buat as a reason utk aku jd malas. huhu.. sgt tidak baik!

Tadi ada satu rombongan cik Kiah..ehh..bukan2...(hehe)..rombongan student part time yang aku nmpak dorang ni amatlah berpengalaman belaka dan bijak2lah belaka sbb the way they are communicate and bercakap. Ada sorang akak ni, dia tenaga pengajar dekat IKBN ke MARA ntah aku tak brape igt, dia bukan shj student, tp dia dh pun buka tadika sendiri dan jugak bekerja. Tiba-tiba aku salute dekat akak ni..n tiba2 jugak aku jd bersemangat. Kalau kakak ni boleh buat something dlm satu2 masa, why not me yg muda n single trang tang2 ni? kn??

Ok, aku bukan la nk crita pasal kisah akak tu, tp sebenarnya point utama yg aku nk smpaikan ialah kita boleh berubah ikut apa yg kita nak. Mcm kes akak td, bg aku dia dh berjaya dlm hidup dari segi karier. Dia dh berjaya capai something dalam hidup dia. So, dlm diam aku tanya diri sendiri..MLS tu tak sepatutnya ada kalau nk berjaya. Kalau malas apa benda pun tak jadi. So, aku perlu buang sikap malas aku tu jauh-jauh. Cuba tak sebut the word of MALAS. Berubahlah untuk menjadi lebih baik dari semalam. You must and u can!

Mulai hari ini, jom sama2 kita berubah. Cuba sedaya upaya buang sikap negatif yang ada pada diri sendiri. Sentiasa jd seorang yang positif untuk capai apa yg dingini. Bukan senang nk berubah tp kita kena berubah. Bukan berubah untuk keburukan, tapi ke arah kebaikan..Semoga aku bukan hangat2 tahi ayam semoga aku kuat untuk berubah ke arah itu (KEJAYAAN).

if u believe u can change, then u able be change!

Sunday, May 20, 2012

Apa? Ahad pun kerja ke?

Hari ini hari Ahad.. aku seorang diri bekerja di library Wan Nong aka Perpustakaan Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak..(ala-ala diari gitu :p ).

Okey, bekerja di hari minggu? Ohh tidak!! mesti ramai orang tak suka kalau disuruh bekerja pada hari Ahad. Tapi disebabkan komitmen yang menuntut seseorang untuk bekerja pada weekend nak buat macam mana kn? Jadi, kena ikhlaskan hati aje la.

Even tak ada student masuk library (sabar aje la..), kena jugak buat-buat sibuk kt kaunter. haha..ok pembetulan (memang sibuk dengan katalog bahan library sebenarnya). Tapi tahap bosan yang tahap gaban jugak la sebab buat kerja sorang-sorang. tak ada kawan nk sembang-sembang ilmiah (ilmiah la sangat, hehe).

Actually aku dh biasa pun kerja weekend ni. Yela, before ni rest day aku just sehari je (hari isnin). Kira ok la kt sini still dapat cuti 2 hari seminggu (jumaat & sabtu). From the past experience la buat aku xkisah dan may be dh terbiasa dengan keadaan mcm ni.

Disebabkan hari ni aku seorang diri and single mingle boleh la lebih fokus nk siapkan kerja. ok, good luck shida samad! Anggap je kerja yang kita buat tu satu ibadah dan memang kerja adalah satu ibadah kn. :)



Wednesday, April 25, 2012

Berkecik atau berkecil hati?

Korang pernah tak berkecil hati dengan sesorang atau korang yang buat orang berkecil hati dengan korang? Sure pernah kan? jangan nk tipu..(hehe).

Aku pun pernah kecik (kecil) hati dengan orang dan bila aku berkecil hati aku akan diam dan aku lebih suka ignore je perasaan tu sebab lambat laun aku akan ok dengan sendirinya. Baguskan aku ni..(hehe  perasan nk mampus). Ok, sebenarnya ada pro n con jugak bila kita berkecil hati tapi kita diam. Orang tak kan tahu yang kita berkecil hati dengan dia. Bila disimpan terlalu lama takut perasaan tu akan jadi lagi teruk smpai berdendam dengan orang tu. Tak baik la macam tu kan? So, jalan terbaik eloklah berterus terang dan jangan simpan dalam hati. Make it as simpy siti..upss bukan2, make it simple je ok!

Dan in case bila kita pulak buat orang berkecil hati silalah dengan sendirinya minta maaf dekat orang tu. Dengan sendiri orang yang kecil hati tu akan cool dan ok punyalah. (cewahh confident ja kn..). Kadang-kadang tanpa sedar kita terkasar bahasa atau tercakap lepas dengan orang sekeliling kita. Ada juga sesetengah orang yang sensitif (especially perempuan yg period) kadang-kadang angin yang lain macam yang menyebabkan diaorang ni senang terasa. (aku faham sebab aku pun perempuan...huhu). So, bagi orang-orang yang mungkin hobi atau terbiasa cakap lepas kena la jaga mulut dan fikir dulu sebelum bercakap. Dan jangan pulak jadi terlalu sensitif sampaikan benda gurauan pun nak take serious. Macam aku ckp td jugak, make it simple! :D.

Lastly, just jadi diri sendiri, make others senang dgn awk, jangan hipokrit dan always think twice!



A: awak2, maafkan saya sebab buat awk kecil hati :(
B: its ok, small the matter! :)

Tuesday, March 27, 2012

sayang ayah!

Apa perasaan anda tiba-tiba dapat call dari kakak or abg anda bg tau yang ayah/ mak and masuk wad kecemasan? Mesti perasaan sedih dan risaukan?

Aku seorang yang sangat sensitif kalau melibatkan mak/ ayah. Tiba-tiba mata berkaca-kaca bila dapat tau bila mak/ ayah tak sihat atau sakit.
kakak aku baru call tadi inform yang ayah kena tahan wad kecemasan disebabkan tekanan darah tinggi. Terkejut dan risau sangat. Anak mana yang tak sayangkan ayah? Semua orang sayangkan ayah/ mak kn? Aku rasa touching sangat sebab ayah banyak kali call aku tanya bila nk balik kampung..aku tak terfikir pun yang ayah boleh sampai kena tahan wad..Ya Allah, betapa risaunya aku. Sedih sangat bila kenangkan ayah..
p/s : Semoga ayah selamat dan cepat sembuh, minggu ni orang balik kampung... (Ya Allah, selamatkan ayah)

Mari bershelving!


Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Saya ada name tag. Macam name tag budak sekolah menengah kn? dh la nama aku depa salah eja..huhu..sabaq jela..

Name tag salah eja nama :(







Hye :). Hari ni aku dengan Kak Hasni ke Library baru, Damasara Damai. Pagi2 dh mengadap laptop masing-masing yang dibawa khas dari rumah sebab PC kt library kami belum set up lg. library selalu dipinggirkan. huh..bosan! xda kesedaran sivik lansung depa ni. library la tempat paling penting sekali dlm sesebuah ipts or ipta ok..

Ok, sebenarnya tujuan utama hari ni untuk shelving buku yang bersepah dan bercampur-campur. Kononnya lah, alih-alih buat kerja lain dlu lepas lunch ni baru nk mula kerja. hehe..Pagi2 tadi online kejap, edit report kejap, main-main kejap, then baru nk mula kerja dgn serious..hehe..macam apa kn? ni la pekerja contoh namanya (double meaning) heheheh :p.


Monday, February 27, 2012

TERUKIR DI BINTANG

Hi! lama aku tak mencorat coret kt sini. Lama jugak aku menyepi. Menyepi? mungkin sbb busy dengan life aku sebelum ni...Maybe!

Life aku semakin baik? Ya, Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan apa yang dah berlaku. Pahit dan manis tu orang kata asam garam kehidupan. Betul, memang tak diakui lagi. Selama lebih kurang 4 bulan aku bekerja dengan company Giant banyak sangat pengalaman yang aku dapat. And of course pengalaman manis yang pada mulanya aku rasa sangat pahit! Owh...betul lah agaknya statement ni 'pengalaman yang pahit itulah sebenarnya pengalaman yang sangat manis'..hehehe...nice statement!

The first month aku kt giant hari-hari merungut tak larat keja. huhu..teruk betul! lenguh kaki la, tak suka environment keja la, banyak org suka mengumpat n mencarut la...isshh, macam-macam lagi lah.. hehehe.. But now, aku banyak belajar dari tu semua. Yang baik aku boleh ikut, tp yang buruk tu mintak2 dijauhkan la. The best thing, aku dpt kenal ramai org yang macam-macam kerenah dan ragam. Ragam customer+staff tu sendiri. Bila kena mengadap kerenah customer yang banyak songeh, sabar aje la, depan senyum tp dalam hati Tuhan je yang tahu. Rasa nak sepak-sepak je. haha. Salah satunya, bila customer nk dilayan macam raja. Semua nk org tunjuk. Lagi satu dengan customer yang tak bertanggungjawab, pilih punya pilih n sampai rosakkan bungkusan barang yang diaorang nk beli tapi at last tak jadi beli..eii sabar jela! CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT la konon..ok fine...aku kn kuli je. Huhu..

The other side, aku dapat kawan-kawan baru yang memang sempoi and important thing, byk support aku masa aku sedih, happy, angry bird n etc..hehehe...Bila dah kenal keja yang kita buat dan kenal kawan-kawan, memang best. Rasa sayang pulak nak tinggalkan dorang. Tapi, walaubagaimanapun, life must be go on. Grab the opportunity! Pertemuan dan perpisahan tu memang adat la. Its ok!

Ops, sebelum tu kenapa aku letak heading post kali ni TERUKIR DI BINTANG?

its because tu lagu favourite aku...sanagt suka lagu tu. i LOVE it!

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sekian...:)