Wednesday, June 29, 2011

Bahagia?

Apa yg dimaksudkan dgn bahagia? Bahagia tu bila kita rasa senang hati? atau suka?
Korg bahagia tak dgn hidup korg skrg? Banyak definisi bahagia ni sebenarnya.. Bagi aku bahagia ni bila kita senang dgn hidup kita, rasa sentiasa cukup, senang hati, tgk org yg kita syg bahagia dan sbgainya la..byk plak nk tulis.. Bila kita bahagiakan org pun dlm masa yg sama hati kita pun boleh bahagia.

Pernah tak rasa tak bahagia dgn hidup sendiri? mesti pernah kn? hmm, aku pun tak terkecuali. ada masa aku rasa tak bahagia dgn hidup aku. Bila tak dapat apa yg diinginkan, bila dikecewakan atau kecewakan org, mmg aku rasa tak bahagia.

Semua org nak bahagia kn? of course, tanya la kt sapa2 pun even budak2 yg suka melepak2 kt tepi jalan tu.. Mcm mana ya nk bahagia? Aku nk hidup bahagia dan nk org2 sekililing aku bahagia jgk. Ok, nk bahagia cuba la tips2 kt bwh:

  • berfikir dan sentiasa bersyukur
  • jdkn hari ini lebih baik dari semalam dan yg lalu biarkan berlalu
  • biarkan masa depan hingga ia dtg dan jgn terlalu fikirkan benda2 yg negatif
  • buat baik pd org lain
  • berterima kasih dan appreciate seseorg
  • sibukkan diri dgn benda yg kita suka
  • yakin setiap masalah ada jln penyelesaian dan hikmah disebaliknya
  • sentiasa berdoa dan menjaga waktu solat
  • sabar
  • jd lah seorg yg pemaaf
  • terima kehidupan seadanya
  • byk lg...:-)
Semua org berhak hidup bahagia.. Hope kita bahagia. senyum selalu..:-)

Sunday, June 26, 2011

Lagi 3 Minggu..

Ok, praktikal tinggal lagi 3 minggu je. Sekejap la pulak, tak terasa pun. huhu.. Mula-mula dulu rasa malas ada, excited ada.. tp sekarang sedih pulak sbb dh nk habis. byk pengalaman aku dapat kt sana. Tp at the same time aku xsbr nk tempuh masa depan, nk rasa alam pekerjaan pulak..

Oh..nk kerja tp mintak kerja pun main-main lg..huhu..xtau lah apa nk jd. Laptop hilang sbb tu mls nk siapkan resume..huhu..(alasan je). Sepatutnya mmg dh kena usyar-usyar kerja kosong dari sekarang..ramai yg nasihatkan buat mcm tu. At least nanti tak la tanam anggur lama-lama..

Apa-apa pun result dh keluar, kena rajin-rajinkan diri la online cari kerja kosong..kerja xcari kita, tp kita yg kena cari dia..huhu..so apa lg.. jom la cari keja sekarang!!

ok2 kt kawan2 rumah aku, tahniah ek..xsia2 usaha kita utk last sem.. :)

Friday, June 10, 2011

Tulis blog sebab boring aka bosan!


Hari ni Jumaat ke4 aku praktikal di USIM. Dh 2 minggu aku dekat unit koleksi arkib. Hari-hari buat kerja yg sama. Convert OCR, buat flipping. Aduh, dh la kena sabar tunggu proses dia nk siap. Sabar ajela..huhu.. Mesti staff lain cakap aku x buat keja. Yela, bila depa lalu tepi meja aku, usyar aku duk main internet je, pastu fb, xpun baca iluvislam.huhu... Padahal sambil2 je ni. Nk tunggu convert OCR tu bukan sekejap. Ambil masa lebih 15min. Sometimes lebih pada tu n kdg2 hang plak..terpaksa aku start balik. Flipping pun sama, take time coz kena selak pdf yg dh convert tu sehelai demi sehelai sbb nk buat contents. Huhu. But, btw aku dpt pengalaman baru kt sini. Baru aku nmpak environment sebenar kerja kt library macam mana. Aku teringin nk jg kaunter, boleh tgk org sikit. Tp aku kt unit ni smpai habis praktikal..(15 Julai 2011). Lama kot. Aku kena siapkan projek ni..huhu..nasib badan..

Hari ni Kak Harianti aka bos aku dia tengah cuti. Azhar pun sama sbb akak dia kawen. Kak dia n wanie lak last day hari ni. All the best for u all. Semoga success slalu. Best la dh habis praktikal. Jgn lupa kt kami ok!

Kepada geng2 uitm, teruskan perjuangan kita kt sini. Kita lg sebulan je lebih kurang. Lepas ni dh bebas! hooreyy!!