Saturday, August 4, 2012

Iftar bersama housemates

Assalamualaikum dan hai.....

Apa khabar awk hari ini? Sihatkah? Kalau sihat alhamdulillah, dan semoga Allah pelihara kesihatan awak dan memberkati hidup awak. Aminnn.... Dan kalau tak sihat pulak jangan sedih sebab itu salah satu dugaan dan tanda Allah Sayang kat awak. Dia just nak uji awak dan nak buat awak jadi lagi kuat dan tabah. :). Apa-apa pun bersabar dan bersyukur sebab awak masih boleh bernafas di bumi Allah yang luas ni. Jangan lupa bersyukur ok..

Skema je ayat awak hari ni kn. hehe. Awak tu sebenarnya untuk diri aku sendiri je. Dan boleh jugak untuk sapa-sapa yang terbaca..TER jela sebab aku rasa takde sapa kot yang berminat nak baca blog aku ni. hehe...humble tak? poyo ada la kn.. hehe :p

Tak pe lah tinggalkan kepoyoan tu sekejap. Aku nak cerita pasal semalam. Semalam aku dengan kakak-kakak housemates berbuka di Sogo (food court dia aje). Kami bergerak lepas habis waktu kerja pukul 5pm dan sampai di sana dalam pukul 6. Sesi mencari parking, yang agak payah sebab terlalu ramai orang berpusu-pusu gak ke SOGO akhirnya dapat la cari parking di B2. Alhamdulillah..

kami ber lima Terus ke tingkat 6 SOGO (food court) untuk booked tempat makan. Aku, kak nini dan kak Nada order 'Chicken Chop' sebagai pilihan hati untuk berbuka. Kak pojie makan mee goreng, kak sue makan laksa dan farouk (buah hati intan payung kak sue..hehe) makan nasi goreng apa ntah aku tak pasti sebab jarak aku dengan dia yang agak jauh.








 

Sebanarnya tujuan utama keluar berbuka kat luar sebab nak jalan-jalan di Jalan Tar. Lepas menunaikan solat maghrib maka kami turunlah menuju ke Jalan Tar yang berhampiran dengan SOGO. Bukan main excited kakak-kakak rumah aku termasuk la aku sendiri. hehehe...(buat-buat perak mcm tak pernah keluar berjalan..hehehe).

Keadaan di sepanjang Jalan Tar of course la dipenuhi kedai-kedai yang menjual macam-macam fesyen baju, tudung, songkok, sampin, brooch dan banyak lagi. Hampir semua kedai jual benda yang sama cuma mungkin corak, fesyen dan kualitinya yang berbeza. Orang pulak tok sah cakap la, punya ramai habaq hang..sampaikan aku rasa lemas. huhu..tp tak apa, misi diteruskan...

Masing-masing ada barang yang dibeli dan tak lupa juga aku. Aku tak shopping banyak sebab ada sedikit masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, hehe... tp sempat aku grab satu baju kemeja untuk ayah warna putih krim. Yang sebenarnya nk cari baju melayu tapi kebanyakan kedai jual 1 sut sekali dengan seluar. Tapi masalahnya aku nk beli baju je. So setelah penat jalan, jalan dan jalan lagi ternampak la baju kemeja ala-ala baju melayu yang aku rasa agak sesuai di pakai di pagi raya. So dengan pantas aku minta 'bang, baju ni 1! abang tu plak menjawab ai, beli la 2..eh2 tak bang saya nak 1 je'. hehehe... So selamat la belikan 1 baju untuk ayah. Untuk mak pula aku belikan brooch. Itu pun berminit-minit juga nak pilih sebab terdapat banyak sangat pilihan. huhu, letih. Untuk diri sendiri pulak? aku just beli tudung bawal printed dengan rega RM3.50. hehe..mcm harga keropok kt kedai runcit je. Murah kn? jadi aku beli satu corak bunga-bunga warna coklat. Itu pun nk termuntah pilih sebab banyak sangat design dia sampai buat aku loya. huhu..

Untuk diri aku nanti-nanti la kot sebab semalam aku xde mood nak shopping untuk diri sendiri. (nak kena berjimat cermat sebenarnya..huhu). Ada sepasang baju kurung moden kain cotton yang aku minat, nice sangat tapi tak dapat nak beli sebab aku rasa macam satu pembaziran pulak sebab harga baju tu RM200. It's ok lah, maybe next time. (ayat nak sedapkan hati sendiri). Lagi pun baju raya dah beli dan dah tempah jahit. :)

Kami sampai rumah pukul 11 lebih hampir ke pukul 12. Penat tak? wa..penat la. huhu....Sedar tak sedar mungkin 2-3km jgk kami berjalan tadi. (yeke? main agak-agak je..huhu.). Macam-macam perangai orang aku jumpa especially peniaga-peniaga yang nk promote barang diorang tapi disebabkan letih berjalan dan kaki pun dh sengal-sengal ubi aku layankan aje la dengan senyuman. hehe...

Perjalanan balik sekejap je sebab mungkin dh tau jalan dengan bantuan kakak-kakak rumah aku. So tak de istilah sesat mencari jalan pulang. hehehe... Alhamdulillah selamat sampai rumah. Dah sampai rumah masing-masing bersihkan diri sembang-sembang sekejap lepas tu tidur dengan nyenyaknya....Bangun sahur agak lewat sebab masing-masing penat semalam masih belum hilang...Selesai sahur semua tido balik..

Sekian...huhu






Thursday, August 2, 2012

My Task is My Resposibility

Assalamualaikum..

Wahh lately rajin pulak aku mengupdate blog kan..pada hal keja berlambak. Bukan apa, kali ni saja nk list semua task penting yang aku kena siapkan untuk remind diri sendiri supaya aku tak lupa. Bak kata orang kalau saya dengar, saya lupa, kalau saya lihat saya ingat, dan kalau saya buat saya tahu dan kalau saya tulis lagi buat saya ingat (yang ini aku tambah sendiri..hehehe).

  • Recapturing book detail (cataloging)
    • boleh copy catalog je dari library lain.
  • Update status kt fb ups....bukan la, tapi update status student utk pinjaman dan pemulangan buku. hehe
    • sebab pakai sistem manual lagi, student tulis nama dalam buku log n then aku masukkan pulak dalam excel (sistem yang tak berapa sistem tapi boleh la nk generate statistik, keja pun jadi mudah siket
    • Key in data pinjaman dan pemulangan students.
  • kemas rumah kedua (library la tu)
    • susun buku dekat rak
    • susun la apa yg bole susun
  • Jadi penjaga library aka kakak guard library. hehee
    • yela duduk di kaunter atau lebih dikenali sebagai sirculation desk. kena handle students yg nk pinjam n pulang buku, customer service, consultant (cewahh...mcm gah je ye haha).
    • Pantau kalau ada kes curi ke student bising ke...(bab ni paling tak suka sebab student ni kadang2 tak paham yang library kena senyap tak leh bising dh suruh syyyyyyyy......pun still lagi bising. apa nk buat ngn dorang ni tah?)
    • Sumber rujukan or kaunter pertanyaan. Budak2 boleh tanya kalau ada apa-apa yang tak faham. Jangan malu-malu.
  • Handle gak utk book purchasing. Bab ni aku baru nk belajar. Task ni kak has yg pegang tp aku kena ambil alih dan kena tau jgk.
    • buat book list utk pembelian buku
    • hantar quotation
    • follow up dgn supplier
  • Library aktivity.
    • Kena buat IS (Implementation schedule) untuk aktiviti di library. Yang ni la buat aku pening lalat..#$%&^&*(*
  • Set up children zone.
    • Alhamdulillah children zone kami dh siap walaupun aku rasa ada bnda yang kurang.
Antara gambar2 sekitar library yang aku sempat capture:














Ok la mood aku dh ada untuk start keja. Next time aku update lg task kalau ada. hehe....Good luck!


     

YES or NO?

Will you marry me? just say YES or NO. Full stop....

 

------------------------------------------------------


 
Mungkin ada sesetengah kita selalu bertanya pada diri sendiri. Kenapa aku susah nak dapat apa yang diminta, kenapa kehidupan aku tak sama macam orang lain? dan banyak lagi la persoalan-persoalan yang tak mampu untuk dijawab sendiri.

Tiap-tiap orang punyai takdir sendiri. Allah memerintahkan malaikat meniupkan roh dah tulis segalanya bermula usia kita 4 minggu dalam kandungan. Takdir seseorang itu telah tertulis iaitu rezeki, ajal, amalan, dan keadaannya (beruntung atau celaka) dan jodohnya.

Topik yang nk diceritakan adalah mengenai jodoh sebenarnya. Ada orang senang dan amat mudah bertemu dengan jodohnya dan ada juga yang sukar. Macam mana pulak dengan aku? susah ke senang? hmm jap eh kena pikir dulu sebelum jawab.....huhu...


------------------------------------------------------------------

 

Zaman sekarang, orang suka kawen muda. Percaya tak? ok, kalau tak xpe...xkisah pun. hehe.. tapi apa yang aku perasan macam tu la. baru-baru ni aku tertengok satu video perkahwinan budak umur 15 tahun (pengantin lelaki) n pengantin perempuannya umur 14 tahun. Muda betul dah kawen? lepas pulak dorang ye? Menjadi tanda tanya pulak aku. Tapi itu lah hakikatnya, umur 15, 14 tahun pun dh kawen. Rasa macam dah kembali ke zaman dolu-dolu pulak...

 
Kawan-kawan aku pun dah ramai mendirikan masjid dan bakal mendirikan masjid. Aku pun tumpang happy untuk dorang =). Bila pegi je wedding sapa2 mesti aku pun tak dapat lari dari soalan 'shida, hang bila lagi?'. Aduhh, macam mana nk jawab ya. kena pikir dlu gak ke sebelum jawab? huhu.. Tanpa aku pikir, mulut aku yang jawab dulu, 'insya'Allah kalau ada jodoh' tak pun 'lambat lagi kot'....... Perlu ke jawab cmtu ek?

Sekarang ni aku cuba positifkan diri. Bila ada orang tanya bab-bab jodoh ni aku akan jawab 'Insya'Allah'. Itu yang terbaik sebab jodoh tu rahsia Allah dan Dia akan temukan kita dengan pasangan kita bila sampai masanya. Bagi aku bukan sesuatu yang mudah untuk buat keputusan mendirikan masjid atau berumah tangga ni. Kita perlu bersedia dari semua aspek dari segi mental (iman, rohani, mentaliti) , fizikal dan material (duit la apa lg). Sudah bersedia ke nk tempuh alam perkahwinan kalau semua aspek tu belum cukup?




Sebelem melangkah ke situ aku rasa perlu sangat-sangat belajar ilmu secukupnya. Contohnya cara ibadat pun kena betulkan, amalan, ilmu-ilmu agama, pasal kehidupan rumah tangga, tanggungjawab dan banyak lg yang kena balajar. Salah satu medium melalui pembacaan buku atau surf internet jela. Taip saja apa-apa yang korang nak for sure ada je maklumat yang berkaitan. Tapi kena pandai pilih la, maklumat yang mana boleh pakai sebagai rujukan.

Syok bergoogle aku terjumpa satu page yang promotekan buku motivasi di atas. Tajuk entry dia "Remaja Nan Bercinta" dari ilahi.com. So sapa2 yang blum kawen tu dan mungkin yang bakal berkawen boleh la cari buku ni dekat mana-mana kedai buku. :)
 
YES or NO ? terpulang pada diri sendiri. Terpulang pada aku dan terpulang pada kamu di luar sana.