Monday, June 4, 2012

Kisah hidup

Pagi isnin..

Isnin merupakan hari kedua aku aku bekerja berbanding orang lain, yang merupakan hari pertama bagi mereka. Aku tidaklah begitu malas aka culas nak mulakan hari Isnin seperti mereka. (hehe..yelah tu :P).

Ok, pagi-pagi aku dh buka facebook laman sosial yang menjadi favourite aku dan aku percaya ia menjadi favourite semua orang juga di luar sana. hehe. Tapi aku tak lah terlampau obses dengan laman sosial facebook ni. (betul3..). Asyik scroll and scroll tetikus yang aku pinjam dari PC kak has, aku tertarik dengan satu video yang diposkan oleh salah sorang friend di FB. Nak tau ke video pasal apa?

Aku tertarik dengan video abg Ally Iskandar and his lovely wife (Farah Lee). Walaupun internet slow nak mampus (macam sibut huhu) aku biarka video youtube itu buffering sendiri dan akhirnya aku berjaya tengok the whole vid. Yang membuat aku tertarik nak tengok because of... 1st sbb ally tu selebriti dan 2nd sebabkan perjalanan kisah cinta yang agak menarik bagi aku. Sebelum ni aku pernah dengar kisah diaorang tapi tak pernah terdetik nak tengok muka wife abg ally. Cantik dan manis sangat orangnya. Bagi aku dia memang sesuai dengan ally dan mempunyai ciri-ciri muslimah idaman lelaki (perempuan pun ckp dia cantik, inikan lelaki di luar sana :) ).

Bercinta selepas berkahwin? itulah yang berlaku antara ally dengan farah lee. Diorang diperkenalkan oleh adik ally yang merupakan junior farah lee. Kebetulan Ally memang sedang mencari calon isteri dan begitu jugak farah lee sedang mencari calon suami. Aku suka cara perkenalan diorang. Ally tak pernah lafazkan even perkataan "I Love U" dekat Farah. Ally berjumpa dengan farah dan secara serius bercakap nak jadikan farah sbg calon isteri (so sweet kn?). Then diorang berkenal-kenalan antara satu sama lain. Mungkin sudah takdir, jodoh sudah tertulis antara diorang. Semoga diorang berkekalan hingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga. Aminn..

****************************

Itu kisah mereka dan macam mana pula kisah aku? Aku sendiri pun belum pasti dan masih mencari jawapan bagi teka-teki perjalanan hidup aku. Aku masih kabur-kabur dengan masa depan aku dan apa yang aku nak capai dalam hidup. Tak dinafikan aku pun macam orang lain ada keinginan nak hidup bahagia dan tenang.


Sebut pasal bahagia, satu persoalan yang berlegar-legar dalam kepala. Macam mana nak bahagia dan tenang? Mungkin, aku tak cukup bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Masya'Allah...(ampunkan aku Ya Allah..). Berfikir sejenak, aku sepatutnya redha dan bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku masih ada family, dan juga kawan-kawan yang sentiasa support aku. Dan yang paling penting Allah sentiasa ada untuk aku. Itu yang membuatkan aku kuat sampai ke hari ini. Tapi, kadang-kadang aku lalai dan lupa untuk bersyukur dengan apa yang Dia tentukan.


Kekayaan, jodoh dan maut semua di tangan Tuhan. Dari segi kekayaan, aku yakin setiap dari kita boleh berjaya sekiranya ada kemahuan dan bersunguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Aku cuba mengikhlaskan hati dalam pekerjaan yang aku buat sekarang walaupun kadang-kadang aku sering juga merungut..huhu... Aku akui aku juga manusia yang lemah, sometimes lupa yang sepatutnya kerja itu adalah satu ibadah kalau kita betul2 iklhlas. Aku mahukan keberkatan...mungkin itu yang boleh membahagiakan aku dan memberi ketenangan kepada aku. Mudah-mudahan Allah memberkati pekerjaan aku sekarang.


Sebut pula mengenai jodoh...jodoh juga ditangan Tuhan. Kita tak mampu menolak atau sebaliknya sekiranya sudah ditetapkan si polan itu adalah jodoh kita.. Jadi siapakan si polan itu? aku juga tak tahu siapa si dia (si polan). Bersambung untuk kisah jodoh ini sebab entry aku terlalu panjang dan jari sudah penat menaip (hehe :p ). To be a continue.....

Do bawah, gambar wedding ally dengan farah. Bagai pinang dibelah 10. Aku suka kaler kuning itu..:)



p/s: sejak bila aku suka kaler kuning? :p. Tapi hakikatnya memang aku suka warna kuning especially songket kuning.. mungkin tema wedding aku kuning? haha...