Thursday, July 19, 2012

Bulan mulia, Salam Ramadhan al-mubarak.

Bismillahirrohmanirrohim....bersyukur, alhamdulillah kita masih lagi boleh bernafas dan melihat dunia. Tadi dalam tv dh isytiharkan esok raya..ehh, puasa pun belum dh nk raya kn? tak sedar diri betul aku ni. hehe. Tadi kt tv dh mengisytiharkan 1st puasa jatuh pada hari Sabtu. Yup sabtu! hari weekend, tapi yang bertuahnya aku kerja. hehe..its ok take it easy!

Tanpa sedar dh nk masuk bulan Ramadhan, memang tak sedar masa berlalu pantas sangat. Kadang-kadang aku soal diri aku sendiri..'apa yang aku dah capai setakat ini', 'apa perubahan yang aku dh buat pada diri aku, keluarga dan orang sekeliling aku', 'apa yang ada pada diri aku sampai ke hari ini', 'apa yang aku nak sebenarnya', 'apakah aku bahagia?'... berapa banyak APA la kn..ntah apa-apa je..hehehe.. :p

Jawapan pada soalan-soalan aku di atas, hanya aku yang ada jawapannya..haha..KAU ada? .. oh ya, of course la tak ada kn? hehe.. Setiap orang ada impian masing-masing dan ada cara masing-masing untuk capai impian tersebut. Aku pulak, masih mencari identiti diri, dan banyak sangat benda yang aku perlu belajar untuk jadi terbaik.

Sila buang tabiat dan sikap negatif yang membuatkan hidup kita tak happy. Antaranya ego, busuk hati, sombong, riak, takbur (macam sama je maksud dia kn?), pandang rendah pada orang lain, kedekut, berdendam, mengata orang, suka bergosip, tak bersyukur, dan banyak lagi kalau aku nk liskan kt sini.. Pandai2 la pikir mana yang baik dan buruk ok.

Tujuan aku tulis entry ni sebenarnya just for wishing happy Ramadhan je sebenarnya. hehe..By the way, bersempena kedatang bulan Ramadhan yang mulia ni, jom kita pakat-pakat lakukan kebaikan, perbaiki amalan, buat baik sesama manusia, saling maaf bermaafan, dan amar maaruf nahi mungkar. Insya'Allah.


p/s: Maafkan aku di atas segala salah dan silap selama aku hidup 24 tahun di muka bumi ini. Manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesilapan itulah yang mengajar kita erti kehidupan. Jangan ulangi kesilapan yang sama tetapi belajar dari kesilapan lalu itu. Salam Ramadhan. :)