Wednesday, March 27, 2013

Hati tolong bersabar...

'Hari ini lebih baik dari semalam'. 
...................................................................................................................................................................
Ungkapan yang positif untuk memotivasikan diri sendiri. Dan ungkapan yang menandakan kita bersyukur sebab mampu lagi buka mata dan bernafas macam biasa.. Tapi cukup bersyukurkah kita?

Hopefully, and supposely today is better than yesterday. Masing-masing ada ujian dalam hidup, dan setiap ujian tu berbeza. Allah bagi sesuatu dugaan dan ujian yang hambanya mampu, ujian jugak adalah satu rahmat sebenarnya. Kita, manusia selalu lupa rite? So, that's why Allah bagi kita ujian untuk kita selalu ingatkan Dia, mohon pada dia untuk lalui dugaan tu dengan tabah. Why I said Ujian itu satu rahmat? Dengan ujian atau dugaan lah kita boleh belajar sesuatu dalam hidup dan ujian jugalah yang bagi kita kekuatan untuk teruskan hidup..betul kan?

Kadang-kadang kita sedih dan berdukacita sebab apa yang kita minta padaNya belum termakbul. Kita tak dapat apa yang kita inginkan. Sebenarnya Allah dah merencanakan yang terbaik untuk kita. Dia nak kita selalu berdoa dengan penuh harapan. Yes, dengan penuh mengharap, dan serahkan segala-selanya pada Dia. Ingatlah, Allah sentiasa mendengar luahan hati hambanya...Dia sentiasa ada bila kita perlukan, just tadah tangan dan berdoalah.. =). Insya'Allah doa kita akan termakbul, dan kalau tidak, mungkin Dia nak bagi yanglebih baik dari itu. He knows everything and He know what's the best for hambanya..

Jadi, sentiasa ingatkan diri, jangan lupa bersyukur dengan apa yg Dia bagi. Redha itu memberi kebahagian dan ketenangan. Actually itu yang kita cari dan semoga Dia bg kebahagian dan ketenangan yang kita cari. Macam mana? Solatlah, sentiasa berdoa, tinggalkan apa yang Dia larang, buatlah kebaikan dan redha serta bersyukurlah...

'Jangan berputus asa jika Allah menunda apa-apa yang kamu sukai. Jangan bersedih hati tetapi bersabar dan tersenyumlah..kerana Dia berfirman dengan penuh kasih sayang....' 
(al-Insyirah : 6)


Tuesday, March 19, 2013

Baguslah.....

Entry ni sengaja tulis sebab mata ni dah pun mengantuk sebenarnya tapi gedik tak mau tido lagi...bukan orgnya, tp mata yang gedik tak mau tidoq...huhu..boleh ka macam tu? pun boleh...ada orang kisah? of course not kn?

Siang tadi aku dengan nekadnya membeli sesuatu dan mungkin boleh mengubah aku untuk bergerak kehadapan dan bukan lagi hangat-hangat tahi ayam. Tak usaha maka kita tak kn dapat kn? So percaya pada rezeki dan usaha, aku rasa aku perlu buat perubahan dalam hidup. Kalau aku yang tak ubah kehidupan tak kan berubah...is it right? ya...mungkin...

Yes, memang aku minat berniaga, dan cita-cita aku satu hari nanti nak buka butik muslimah sebelum umur meningkat 30 tahun...Errkkk boleh ke capai impian tu? Insya'Allah boleh kalau aku usaha betul-betul. Dah hampir setahun pun aku buat bisness online ni. Nama butik online aku 'SS Style'. Memang style sangat..derr....(singgah la ok ini link dia: https://www.facebook.com/ssstylebyshida) dan jgn lupa like page tu...tengss :) :)

Sumber rezeki 9/10 adalah daripada perniagaan. Kita semua dh sedia maklum kan hal tu. Tapi kebanyakan kita takut dan kurang rajin untuk berniaga sebab takut risiko dan bla bla bla...Macam aku jugak, nk mulakan memang takut nak-nak bila perlu keluarkan modal sendiri. Untuk pemulaan kalau betul minat nk berniaga, ada je kaedah lain untuk mencuba berrniaga. Yang perlu ada ialah masa, semangat dan kerajinan. Teknik yang orang selalu guna ialah sistem dropship. Dimana, kita tak perlu nak keluarkan modal, dan tugas kita hanya tolong promote produk dan ambil order. Dah collect semua order just inform pada supplier and then semua proses termasuklah penghantaran akan dibuat oleh supplier...Macam tu la seterusnya....

Semangat aku tengah berkobar-kobar untuk beniaga sekarang. Tapi kecik-kecik jela sebab modal pun tak cukup dan ilmu di dada belum cukup lagi. Semua tu boleh dicari dan bergantung pada masa, dan usaha sendiri. Aku rasa aku banyak sangat masa lapang disebabkan balik kerja awal, seawal pukul 4 dh balik kerja. Pastu 4.30 dh ada kt rumah. Then, why not aku cuba dan buat sesuatu yang aku suka?

Ada dua orang kawan aku yang sentiasa buat aku bersemangat, Kak has dan amar. Depa dua orang selalu cakap pasal bisness dengan aku dan aku secara tak lansungnya terpengaruh. It's ok kalau terpengaruh benda yang baik rite? :).

Keep on trying and never give up for me and also kak na, kakak aku yang tergedik-gedik jugak sekarang ni untuk buat perubahan dalam hidup..

Hope lepas ni boleh tido dengan lenanya..Good night then.... ;)