Friday, October 25, 2013

Sungai Petani Here I Come!

Assalamualaikum semua.

Sebenarnya dah lama terdetik nak update blog yang usang ni. Tapi memandangkan kekangan masa dan kemalasan, terbengkalai la hajat di hati nak story mory sesuatu yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama. So berbekalkan semangat kerajinan yang sedikit ni aku nk story pasal tempat belajar lama iaitu SP Kedah.

Minggu lepas, dengan keputusan last minitnya aku decide untuk pegi interview di Alor Setar Kedah. Orang yang panggil interview tu pun satu hal, semalam panggil interview esoknya suruh datang dah, tak ke kelam kabut aku. Oh, tapi itu bukan point utama dalam entry ni. Benda yg nak cerita adalah lepas je balik interview kt tu aku sempat menjoreng (bersuka-ria) sorang-sorang ke Sungai Petani pusing-pusing tempat belajar dulu.

Lepas je habis interview, terus je drive keta ikut jalan lama (save tol) menuju ke SP. Dalam kepala nk melawat UiTM je sebenarnya. Bagi aku, Merbok tak banyak berubah pun. Dalam perjalanan ke UiTM Merbok macam biasa akan lalu Sungai Semeling. Haa, dekat semeling ni lah yang ada Jeti Semeling, tempat yang sangat nice untuk ambik gambar n view dia pun lawa bagi pencinta alam sekitar macam aku (err.. yela sangat kn..hehe). Jeti Sungai Semeling ni actually tempat pemeliharaan dan pemuliharaan paya bakau. Kat situ ada rumah yang seakan-akan igloo yg dibuat daripada batu bata tanah merah. Macam-macam lagi kemudahan dekat jeti tu termasuklah ada mini muzeum (berkenaan pokok bakau), surau, restoran, dewan seminar, dan tandas. Boleh dikatakan ok la untuk jadi port lepak-lepak sambil berzikir memuji Allah. (see sambil melepak memuji Allah...Subhanallah, Alhamdulillah :) ).

Tu lah rumah igloo yg aku cakapkan td. Tp igloo ke ni? haha.. Dalam ni dorang letak kayu arang..Gmba ni amik dari dalam keta je sbb luar panas sangat, tengahari rembang la katakan..
Sepanjang perjalanan ke Merbok kiri kanan akan melalui kebun sawit dan dalam celah-celah kebun tu ada projek cari gali tinggalan kuil/ rumah ibadal lama. Aku pun tak berapa sure, sejak belajar lagi depa cari gali tak habis-habis. Ntah bila la nk siapnya. Keadaan masih sama macam 2 tahun lepas. Menggamit memori lama gitu..haha...

Sampai je UiTM Merbok, sunyi sepi je sebab masa tu students tengah cuti sem. Masuk je entrance, tanya Pakcik guard tu 'boleh tak saya nak pusing-pusing kejap pakcik?, saya ex-students sini'. Pakcik tu pun sengih dan sempat tanya tahun bila last kt UiTM ni, dah kawen ke belum? (patutkah dia tanya soalan sebegitu? hehe). Aku pun jawab jela dengan sopan, 'belum lagi pakcik' sambil sengih je kt dia..(adoiii..). Sempat berbasa-basi dengan pakcik tu ada keta kt belakang...mujur la..kalau tak berjela-jela la pakcik tu interview. huhu...

Dalam UiTM pun tak banyak yang berubah. Pusing-pusing ambil mood, mengimbau kisah lama waktu belajar dulu. Rasa teruja sorang-sorang tak tau nk share ngan sapa...(boleh share dgn social network jela time tu..huhu). Selama 2 tahun kt situ banyak masam manis, asam pedas yang aku dan kawan-kawan lalui. Nak-nak kami 1st batch post diploma buat degree kt situ, macam ada je benda yang kurang kalau nak compare dengan UiTM Puncak Perdana. Tapi alhamdulillah, semua kami berjaya menamatkan course degree kami dengan jayanya (jaya ke?). Alhamdulillah then...

Terasa nk belajar balik boleh kan?

Bangunan pentadbiran, kalau dulu suka lepak kt bawah tu sementara nak tunggu kelas Bahsa Arab..huhu..

Kononnya sebelum habis belajar nak posing-posing kt sini dengan classmates/ housemates...dah tu masing-masing buat lupa je sampai la habis belajar.. ok, ni jela yang mampu. hehe

Yang boleh amik gambar bas ni sebab teringan dengan Pak Latib dan lagi sorang tak ingat nama (kami panggil dia abah), driver bas UiTM ni. Depa yg bawak waktu trip ke Singapore hooray2 dlu..owh sangat-sangat miss kenangan tu.

Kalau boleh memang banyak lagi tempat-tempat yang terasa nak pi masa ni, (tanjung dawai, pantai merdeka, candi lembah bujang, town SP...etc) tapi sebab sorang-sorang dan ada kebarangkalian nak kena culik ke apa ke, terpaksa la aku batalkan niat murni tu..hehehe... Mungkin satu hari nanti boleh spend 1 atau 2 hari buat reunion kan kawan? (ada tak yang nak jawab nih..kalau setuju angkat tangan!). Boleh ambik sijil akhir sem sekali..(Hafiza Md Daud said)...