Tuesday, September 25, 2012

Err...cop-cop buku je keje awak kn? senang je :p

Assalamualaikum. Apa khabar blog shidaonyx? tuan shidaonyx ok tak? hehe...(tak berapa nak betul sebab dh penat kot? kot jela...huhu..#$%^$#%^?). Ok, dah lama rasanya tak merapu di blog shidaonyx ni. Busy barangkali..ahaksss! gedik...

Setelah penat seharian mengadap kerja yang sama setiap hari..hmmmm..bosan tak? yess, agak la..huhu...Apa boleh buat, orang kata tak baik merungut. Buat dengan ikhlas baru lah hati pun senang.

Apa yang aku merepek ntah la. Ok, abaikan perkara di atas. OMIT benda-benda yang nonsense tu ya!

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.. selama aku kerja, kadang-kadang aku terfikir apa sumbangan aku pada company tempat aku bekerja sekarang..(err...kerja pun baru 6 bulan jgn nk perasan dh bertahun ok shidaonyx! huhu).

Serba sedikit tentang apa kerja yang aku buat. First, aku kerja di company melayu, Puan Farah Mahami, anak kepada Tan Sri Mustapha Kamal. Aku sebagai asst librarian di Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak milik anak bongsu Tan Sri, iaitu Puan Farah.

Perpustakaan tempat aku kerja ada 3 orang staf kesemuanya iaitu sorang Head Librarian (Cik Mus), dan dua orang librarian merangkap asst librarian (Kak Has dan Aku). Mungkin ramai orang tak tahu, apa sebenarnya skop kerja seorang yang bergelar pustakawan. Ok, kalau tanya orang kat luar sana ramai akan kata pustakawan "yang keje cop2 buku tu ke?". Owh, itulah mentaliti orang kita diluar sana tentang kerja pustakawan ni.

Ok, mari aku explain sikit apa kerja librarian ni sebenarnya. Just a brief explanation, seorang yang digelar librarian mestilah ada diploma or degree holder dalam pengurusan perpustakaan dan sains maklumat. Program pengurusan maklumat atau pengurusan perpustakaan ni ditawarkan oleh IPTA dan IPTS seperti UiTM, UNISEL, UIA dan maybe ada lagi IPTS lain yang menawarkan subjek course yang sama.

Sebenar-benarnya, seorang pustakawan bukannya kerja cop2 buku je, tapi lebih dari itu. Dalam sesebuah IPTA / IPTS / organisasi-organisasi yang besar ada perpustakaan sendiri yang bertujuan menyediakan kemudahan sumber maklumat dan rujukan kepada pengguna yang terdiri daripada pelajar, pengajar, staf dan pada sesiapa sahaja yang ingin mencari maklumat (researcher).

Okey, ni antara lain tugas pustakawan yang aku copy and paste dari web portal SPA. Ahakss.....

Bertanggungjawab melaksana secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kewangan, penyeliaan dan pengurusan sumber manusia, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan.

See, dah malas nk tulis banyak-banyak. So, walau apa kerja sekali pun, jangan sesekali kita pandang rendah waima tukang cuci skali pun orait? Respect each other dan jangan fikir kita saja yang betul dan kita saja yang terbaik.

Wasalam..

No comments:

Post a Comment