Friday, October 25, 2013

Sungai Petani Here I Come!

Assalamualaikum semua.

Sebenarnya dah lama terdetik nak update blog yang usang ni. Tapi memandangkan kekangan masa dan kemalasan, terbengkalai la hajat di hati nak story mory sesuatu yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama. So berbekalkan semangat kerajinan yang sedikit ni aku nk story pasal tempat belajar lama iaitu SP Kedah.

Minggu lepas, dengan keputusan last minitnya aku decide untuk pegi interview di Alor Setar Kedah. Orang yang panggil interview tu pun satu hal, semalam panggil interview esoknya suruh datang dah, tak ke kelam kabut aku. Oh, tapi itu bukan point utama dalam entry ni. Benda yg nak cerita adalah lepas je balik interview kt tu aku sempat menjoreng (bersuka-ria) sorang-sorang ke Sungai Petani pusing-pusing tempat belajar dulu.

Lepas je habis interview, terus je drive keta ikut jalan lama (save tol) menuju ke SP. Dalam kepala nk melawat UiTM je sebenarnya. Bagi aku, Merbok tak banyak berubah pun. Dalam perjalanan ke UiTM Merbok macam biasa akan lalu Sungai Semeling. Haa, dekat semeling ni lah yang ada Jeti Semeling, tempat yang sangat nice untuk ambik gambar n view dia pun lawa bagi pencinta alam sekitar macam aku (err.. yela sangat kn..hehe). Jeti Sungai Semeling ni actually tempat pemeliharaan dan pemuliharaan paya bakau. Kat situ ada rumah yang seakan-akan igloo yg dibuat daripada batu bata tanah merah. Macam-macam lagi kemudahan dekat jeti tu termasuklah ada mini muzeum (berkenaan pokok bakau), surau, restoran, dewan seminar, dan tandas. Boleh dikatakan ok la untuk jadi port lepak-lepak sambil berzikir memuji Allah. (see sambil melepak memuji Allah...Subhanallah, Alhamdulillah :) ).

Tu lah rumah igloo yg aku cakapkan td. Tp igloo ke ni? haha.. Dalam ni dorang letak kayu arang..Gmba ni amik dari dalam keta je sbb luar panas sangat, tengahari rembang la katakan..
Sepanjang perjalanan ke Merbok kiri kanan akan melalui kebun sawit dan dalam celah-celah kebun tu ada projek cari gali tinggalan kuil/ rumah ibadal lama. Aku pun tak berapa sure, sejak belajar lagi depa cari gali tak habis-habis. Ntah bila la nk siapnya. Keadaan masih sama macam 2 tahun lepas. Menggamit memori lama gitu..haha...

Sampai je UiTM Merbok, sunyi sepi je sebab masa tu students tengah cuti sem. Masuk je entrance, tanya Pakcik guard tu 'boleh tak saya nak pusing-pusing kejap pakcik?, saya ex-students sini'. Pakcik tu pun sengih dan sempat tanya tahun bila last kt UiTM ni, dah kawen ke belum? (patutkah dia tanya soalan sebegitu? hehe). Aku pun jawab jela dengan sopan, 'belum lagi pakcik' sambil sengih je kt dia..(adoiii..). Sempat berbasa-basi dengan pakcik tu ada keta kt belakang...mujur la..kalau tak berjela-jela la pakcik tu interview. huhu...

Dalam UiTM pun tak banyak yang berubah. Pusing-pusing ambil mood, mengimbau kisah lama waktu belajar dulu. Rasa teruja sorang-sorang tak tau nk share ngan sapa...(boleh share dgn social network jela time tu..huhu). Selama 2 tahun kt situ banyak masam manis, asam pedas yang aku dan kawan-kawan lalui. Nak-nak kami 1st batch post diploma buat degree kt situ, macam ada je benda yang kurang kalau nak compare dengan UiTM Puncak Perdana. Tapi alhamdulillah, semua kami berjaya menamatkan course degree kami dengan jayanya (jaya ke?). Alhamdulillah then...

Terasa nk belajar balik boleh kan?

Bangunan pentadbiran, kalau dulu suka lepak kt bawah tu sementara nak tunggu kelas Bahsa Arab..huhu..

Kononnya sebelum habis belajar nak posing-posing kt sini dengan classmates/ housemates...dah tu masing-masing buat lupa je sampai la habis belajar.. ok, ni jela yang mampu. hehe

Yang boleh amik gambar bas ni sebab teringan dengan Pak Latib dan lagi sorang tak ingat nama (kami panggil dia abah), driver bas UiTM ni. Depa yg bawak waktu trip ke Singapore hooray2 dlu..owh sangat-sangat miss kenangan tu.

Kalau boleh memang banyak lagi tempat-tempat yang terasa nak pi masa ni, (tanjung dawai, pantai merdeka, candi lembah bujang, town SP...etc) tapi sebab sorang-sorang dan ada kebarangkalian nak kena culik ke apa ke, terpaksa la aku batalkan niat murni tu..hehehe... Mungkin satu hari nanti boleh spend 1 atau 2 hari buat reunion kan kawan? (ada tak yang nak jawab nih..kalau setuju angkat tangan!). Boleh ambik sijil akhir sem sekali..(Hafiza Md Daud said)...




Friday, August 16, 2013

Umur semakin meningkat

Selamat hari lahir untuk diri sendiri yang ke 25 tahun. Wah dah tua nmpaknya kamu. Hehe. Ucapan untuk diri sendiri...dan impian untuk aku yang semakin meningkat usia ni, harapan nak jadi seorang hamba Allah yg sentiasa bersyukur.. dan semoga diberi hidayah untuk jd hamba yg lebih baik, anak yang baik, adik n kakak yg baik utk kakak m abg n adik...cundak yg baik utk anak2 buah dan sahabat yg baik utk kwn2.. isteri yg baik untuk encik suami..opss...ini belum lg. Hehe. Insha Allah wanna be the best for all of them.. my family, my future family and all people arround..

Wednesday, March 27, 2013

Hati tolong bersabar...

'Hari ini lebih baik dari semalam'. 
...................................................................................................................................................................
Ungkapan yang positif untuk memotivasikan diri sendiri. Dan ungkapan yang menandakan kita bersyukur sebab mampu lagi buka mata dan bernafas macam biasa.. Tapi cukup bersyukurkah kita?

Hopefully, and supposely today is better than yesterday. Masing-masing ada ujian dalam hidup, dan setiap ujian tu berbeza. Allah bagi sesuatu dugaan dan ujian yang hambanya mampu, ujian jugak adalah satu rahmat sebenarnya. Kita, manusia selalu lupa rite? So, that's why Allah bagi kita ujian untuk kita selalu ingatkan Dia, mohon pada dia untuk lalui dugaan tu dengan tabah. Why I said Ujian itu satu rahmat? Dengan ujian atau dugaan lah kita boleh belajar sesuatu dalam hidup dan ujian jugalah yang bagi kita kekuatan untuk teruskan hidup..betul kan?

Kadang-kadang kita sedih dan berdukacita sebab apa yang kita minta padaNya belum termakbul. Kita tak dapat apa yang kita inginkan. Sebenarnya Allah dah merencanakan yang terbaik untuk kita. Dia nak kita selalu berdoa dengan penuh harapan. Yes, dengan penuh mengharap, dan serahkan segala-selanya pada Dia. Ingatlah, Allah sentiasa mendengar luahan hati hambanya...Dia sentiasa ada bila kita perlukan, just tadah tangan dan berdoalah.. =). Insya'Allah doa kita akan termakbul, dan kalau tidak, mungkin Dia nak bagi yanglebih baik dari itu. He knows everything and He know what's the best for hambanya..

Jadi, sentiasa ingatkan diri, jangan lupa bersyukur dengan apa yg Dia bagi. Redha itu memberi kebahagian dan ketenangan. Actually itu yang kita cari dan semoga Dia bg kebahagian dan ketenangan yang kita cari. Macam mana? Solatlah, sentiasa berdoa, tinggalkan apa yang Dia larang, buatlah kebaikan dan redha serta bersyukurlah...

'Jangan berputus asa jika Allah menunda apa-apa yang kamu sukai. Jangan bersedih hati tetapi bersabar dan tersenyumlah..kerana Dia berfirman dengan penuh kasih sayang....' 
(al-Insyirah : 6)


Tuesday, March 19, 2013

Baguslah.....

Entry ni sengaja tulis sebab mata ni dah pun mengantuk sebenarnya tapi gedik tak mau tido lagi...bukan orgnya, tp mata yang gedik tak mau tidoq...huhu..boleh ka macam tu? pun boleh...ada orang kisah? of course not kn?

Siang tadi aku dengan nekadnya membeli sesuatu dan mungkin boleh mengubah aku untuk bergerak kehadapan dan bukan lagi hangat-hangat tahi ayam. Tak usaha maka kita tak kn dapat kn? So percaya pada rezeki dan usaha, aku rasa aku perlu buat perubahan dalam hidup. Kalau aku yang tak ubah kehidupan tak kan berubah...is it right? ya...mungkin...

Yes, memang aku minat berniaga, dan cita-cita aku satu hari nanti nak buka butik muslimah sebelum umur meningkat 30 tahun...Errkkk boleh ke capai impian tu? Insya'Allah boleh kalau aku usaha betul-betul. Dah hampir setahun pun aku buat bisness online ni. Nama butik online aku 'SS Style'. Memang style sangat..derr....(singgah la ok ini link dia: https://www.facebook.com/ssstylebyshida) dan jgn lupa like page tu...tengss :) :)

Sumber rezeki 9/10 adalah daripada perniagaan. Kita semua dh sedia maklum kan hal tu. Tapi kebanyakan kita takut dan kurang rajin untuk berniaga sebab takut risiko dan bla bla bla...Macam aku jugak, nk mulakan memang takut nak-nak bila perlu keluarkan modal sendiri. Untuk pemulaan kalau betul minat nk berniaga, ada je kaedah lain untuk mencuba berrniaga. Yang perlu ada ialah masa, semangat dan kerajinan. Teknik yang orang selalu guna ialah sistem dropship. Dimana, kita tak perlu nak keluarkan modal, dan tugas kita hanya tolong promote produk dan ambil order. Dah collect semua order just inform pada supplier and then semua proses termasuklah penghantaran akan dibuat oleh supplier...Macam tu la seterusnya....

Semangat aku tengah berkobar-kobar untuk beniaga sekarang. Tapi kecik-kecik jela sebab modal pun tak cukup dan ilmu di dada belum cukup lagi. Semua tu boleh dicari dan bergantung pada masa, dan usaha sendiri. Aku rasa aku banyak sangat masa lapang disebabkan balik kerja awal, seawal pukul 4 dh balik kerja. Pastu 4.30 dh ada kt rumah. Then, why not aku cuba dan buat sesuatu yang aku suka?

Ada dua orang kawan aku yang sentiasa buat aku bersemangat, Kak has dan amar. Depa dua orang selalu cakap pasal bisness dengan aku dan aku secara tak lansungnya terpengaruh. It's ok kalau terpengaruh benda yang baik rite? :).

Keep on trying and never give up for me and also kak na, kakak aku yang tergedik-gedik jugak sekarang ni untuk buat perubahan dalam hidup..

Hope lepas ni boleh tido dengan lenanya..Good night then.... ;)



Monday, February 25, 2013

Car crash? Apa perlu buat??

Petang Sabtu haritu dengan tidak disangka-sangka aku terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Banggggg! tiba-tiba rasa satu gegaran yang menggegarkan keta aku termasuk aku skali sbb aku duk dlm keta..huhu... gempa bumi ka apa? ohh rupa-rupanya ada sebiji honda dh mencium bumper keta aku...dapat ciuman free....bestnya....

Ok, apa perlu buat bila berlaku kemalangan? Mula-mula mesti terkejut kn? Bila kemalangan tu, calm down tarik nafas panjang-panjang dan selawat banyak2..(ini untuk kemalangan jalan raya yg tak kitikal la, just minor injured, tuan badan tak injured cuma keta je yg injured). Tapi mungkin boleh dipraktikkan jugak dalam apa jugak keadaan sbb dengan selawat dapat tenangkan diri.

And then, keluar la keta cepat-cepat untuk tengok keadaan keta sama ada teruk atau tidak dan yg penting tengok no plat keta yang langgar tu. Takut-takut dia tak nak bertanggungjawab, maka jd la kes langgar lari nanti. cepat-cepat salin or hafal no plat keta yg langgar kita tu.

Bila berlaku kemalanga, ada dua option, either org yg bersalah tu nk bertanggungjawab atau buat report polis untuk claim insuran. Jangan gelabah teruk sangat sampai pengsan, kalau tak tau nk buat apa call sapa-sapa yang dah ada pengalaman dalam bab tu.. Dan jangan lupa ambil detail org yang langgar spt nama, ic no, alamat, no tel n etc (kalau rajin mintak biodata skali..hehehe =P)..tu yang penting!

Ramai yang akan cakap buat report kerja remeh dan bole makan masa. Paling singkat 10 hari dan paling lama boleh mencecah sebulan untuk setel. Tapi itu cara law, dan kalau org yg langgar kita tu xde duit nk ganti. Tapi kalau dia willing nk bayarkan semuanya (mmg sepatutnya macam tu sbb salah dia langgar kita), better buat mcm tu sebab nk memudahkan diri sendiri and for the both side.

Apa-apa pun alhamdulillah aku selamat dan tak cedera apa-apa. Cuma keta jela yg injured dan maybe hati injured sbb tengok keta kena cium. huhu.... Ayah kata, keta takpa boleh repair kalau rosak, kalau hg mcm mana? (hg = saya) huhu....baiklah, bersyukur sebab kemalangan tak teruk.

Terima kasih sebab ada yang ambil berat dan sudi menghulurkan bantuan time rasa susah mcm ni. Thanks =).




Friday, February 22, 2013

Ada masa perlu berseorang (Alone)

Yes aku takda masalah dengan sapa-sapa pun sebenarnya. Just perlukan masa untuk menyendiri, untuk muhasabah diri, untuk perbaiki kelemahan diri. 

Semua orang perlukan kawan, dan paling penting keluarga. Keluarga tetap nombor 1 walau apa keadaan sekali pun. Keluarga tempat untuk kita share masalah, cerita suka dan duka. Ada jugak yang lebih selesa berkongsi dengan kawan-kawan. Aku bila balik kampung je boleh share story dengan adik, kakak atau mak pasal current life aku. Kalau nk call gayut lama-lama memang takde la kn..huhu...

Bila aku rasa nk sendiri, aku lebih suka habiskan masa aku dengan baca buku, online baca benda-benda yang best sampai lah aku boring dan ngntuk pastu tido (skrg suka baca blog politik, sbb tak lama lg kn dah nk pilihanraya or GE (general election) org putih kata). Yela, at least tau la sikit-sikit pasal current political issue dlm Malaysia ni.. Hmm penat dengan politik depa ni. Bagi aku, pengundi yg bijak kena pndai memilih pemimpin yang akan mentadbir negara kita nanti. Jangan senang-senang pilih sebab orang lain pilih, tapi kita kena pndai menilai mana yg baik dan buruk . Buat la sikit research dengan pembacaan or discuss dgn orang yang berpengalaman. Tapi......! jangan dedahkan pulak awak undi siapa, sebab undian adalah rahsia..huhu... semoga kita memilih pentadbir yang terbaik bukan saja utk kehidupan dunia je, bahkan dunia yang satu lg tu..( erk...org buta politik bg nasihat... :p)

Senang kn life aku? Kadang-kadang aku terfikir kenapa la aku buang masa yang sangat berharga macam tu je? (ok, baca buku tak membuang masa sbb buku yg aku baca buku-buku ilmiah~~sgt~~ hehe). Actually mmg buku ilmiah pun. Tajuk buku yang aku baca sekarang '100 Pesanan Rasulullah' terbitan karangkraf, penulisnya 'Muhammad Nashruddin Dasuki'. Aku suka baca buku ni. Selalunya sebelum tido aku akan baca so that dengan harapan boleh jadi insan yang lebih baik dari sebelum ni...(Insya'Allah). Input buku ni sangat-sangat menarik, ia merupakan pesanan-pesanan Rasulullah SAW sebagai ingatan pd kita manusia yang sentiasa lupa. Mudah-mudahan dapat jadikan amalan utk perkara-perkara yang baik tu. 

Aku perlukan masa untuk diri sendiri. Tapi bukan bermakna aku tak perlukan sapa-sapa dalam hidup aku. Semua penting, keluarga, kawan-kawan, kawan , kawan dan kawan...(banyaknya kawan aku..huhu). Aku sangat pelukan mereka, sayang mereka sangat-sangat. Aku juga perlukan Dia.. Bila sendiri, hope aku lebih dekat dengan Dia, dan mudah-mudahan ht ni lebih tenang.

Ya Allah, dekatkan hatiku denganMu...



Thursday, January 31, 2013

Why are you being sad?

Each of us have our own problem in daily life. Same thing goes to me. The problem itself will make us 1001 feelings. Sad, unhappy, frustrated, stress, wanna shout loudly, wanna terjun laut or terjun bangunan and  else. Such a nonsense things right? huhu...

The thing is, what ever it is....still calm and be positive thinker. Yes, I am strong enough. All of these, happen is to build myself and to teach me how gonna be a good human. 

Sometimes feel like not satisfied with life, work, relationship and much more. Tula, tak bersyukur kan? hmmm... Tolong jadi seorang yang kuat. Kalau fikir hidup kita susah then cuba fikir hidup orang yang lagi susah. Do compared our life with them. The same sentences, same word. Ulang-ulang balik untuk diri sendiri. I need to be thankful to Allah. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar...Amin......


Wednesday, January 23, 2013

Cik Librarian

Hello, my name is Shida..nice to meet you. Sangat friendly minah ni, dan suka senyum. hehe adoi puji diri sendiri ke? erkkk....nak pitam...hahaha...

Baiklah, just nak cerita pengalaman aku bekerja di tempat baru. Masuk hari ni baru je hari ke-3 aku kerja kt Tenby International School Penang. Percaya atau tak, i'm homesickness. Makan tak lalu, tido lena, mandi basah la jgk..hehe. Seriously mmg tak lalu nk makan. Macam kesian pun ada kt cik perut ni. Maaf ya cik perut.

Hari first aku datang lewat dari sepatutnya. Supposed aku kena ada kt sekolah pukul 7.30am tapi smpai agak lewat sebab al-maklumlah hari 1st kn, tak tau lagi selok belok jalan. Dekat tempat baru, aku rasa alone sangat, susah hati pastu sedih pun ada...ntah apa-apa kan? Tlg la kuat sikit ok! (warning utk diri sendiri =p).

Ok-ok masuk bab keja plak. Tugas aku sebagai miss librarian, dah tentu-tentu la kena manage library. Bila kaki melangkah masuk ke library tenby banyak gila benda yang aku kena buat. Senang kata 'start from scratch' la. kena mula balik dari A-Z. Gamaknya memang nasib aku kn? Hm..takpalah just take it don't leave it! kata-kata semangat la konon..huhu...

Oh banyaknya benda nak kena fikir sampai tak tau nk mula dari mana. Stress la sikit sebenarnya..ok la, dah taknak bebel banyak-banyak. Kan azam aku nk kurangkan merungut...Selamat bekerja ya shidasamad. You know you can! good luck..




Friday, January 4, 2013

Maaf itu indah..

Since semalam rasa sesuatu yang kurang. Rasa tak puas hati, rasa kusut, rasa macam nak tampar orang pun ada..err..nak tampar sapa? tampar diri sendiri kot. huhu....

Maaf. Perkataan yang sangat senang untuk disebut tetapi sangat susah untuk diberi bagi sesuatu hal yang melibatkan hati terutamanya. Aku cuba untuk jadi seorang yang pemaaf. Tapi bila datang bab yang 1 ni mesti tersangkut. Aku pun tak tau kenapa. Aku pasti bila kemaafan tu dh datang, ketenagan hati tu akan datang sendiri. Oh, tolonglah jadi sorang yang pemaaf !

Ya, aku memang dh maafkan, tapi jauh di sudut hati aku belum maafkan 100%. I was pretend I forgive the mistakes. Aku pun pernah buat silap. Aku pun pernah buat benda yang sama cuma dengan cara yang berbeza. Aku pun tak perfect, kenapa susah sangat aku nak jadi seorang yang pemaaf?

Wednesday, January 2, 2013

Nota hari ini

Hai, Selamat tahun baru 2013. Hari ni datang kerja seawal pukul 8 pagi dah masuk office. Jumpa Cik Midah security, sempat dia sapa, 'hai, awal awak orang masuk kerja hari ni?' kami serentak menjawab, 'Azam baru Cik Midah...' sambil bagi senyuman yang paling manis..hehehe. Baguslah tu kan, maknanya ada improvement dari tahun lepas. Dan harap-harap boleh kekalkan bangun awal dan masuk awal ke pejabat.

Lepas je breakfast carbonara yang officemate masak aku terus masuk library buat kerja. Otak berputar-putar nak buat apa ya hari ni?

Hari-hari terakhir aku kat sini kalau boleh memang aku nak mensibukkan diri dengan kerja-kerja rutin yang tak kan pernah habis. Sentiasa ada. Biasalah kerja jaga perpustakaan ni memang remeh tapi nampak senang. Lebih kurang sama je dengan skop pengurusan. Kadang-kadang semangat aku agak luntur jugak sebab takda sumber inspirasi yang boleh memotivasikan aku untuk terus jatuh cinta dalam bidang ni. hehe...hmmm, Pernah jugak terfikir nak lompat kerja ke bidang lain. Boleh tak macam tu?