Friday, July 22, 2011

Tiba-tiba rasa nk update blog!



Assalamualaikum.. wah-wah sekian lama malas nk update blog yg bersawang ni tiba2 di pagi dinihari ni aku rasa nk update blog ni. hehe..

Masuk hari ni dah seminggu la aku memegang status sebagai pengganggur terhormat @ lebih dikenali sebagai penanam anggur yang berjaya dimuka bumi..(eheh..lebih2 plak!) haha!

Sebenarnya aku tidur lewat mlm ni sbb nk siapkan report praktikal yang tak siap2 lg..bila nk siapnya mak nok, buat report smbil online fb..huh, menyesal buat akaun fb.:p. Setelah ditambah, ditolak dan dicampur bahagi, report aku lg 50% nk siap KOT..KOT jela..haha! xpa2..common onyx, u can do it and accomplish it as soon as possible bebeh!

Okey, sebenarnya aku serabut skrg ni tp buat-buat tak serabut je. huhu. Byk benda nk kena settle lg. Nk apply keja itu ini, nk setelkan ptptn (ujrah), nk pos sana, pos sini. huuh..penat la den..(merepek je lebih, tp x tak penat mana pun okey)..hehehe...sorry..:p

Jap, tu belum cerita kak az (adik abg asrul bakery) offer keja lg. Aku pening nk p ke x ni. Yang pasti aku dh ckp aku ok je n next week wednesday bleh mula..aduhh...tu la sapa suruh cakap tak pikiaq dlu..huhu.. okey, tgk la dlu mcm mana naaa...

Pasal projek tunas mekar tu plak, aku rasa aku belum cukup kuat utk terjun ke bidang keusahawanan @ bisness world. Aku rasa nk keja dlu cari pengalaman, n then dh 6-7 thn baru nk try ke arah tu.. So as a conclusion, aku kena call EN ROSLI tunas mekar, bg tau dia aku belum bersedia nk join tunas mekar tu. huhu.. sorry cik, pnt ja cik explain excited kemain haritu. :p. Sekarang ni lipat kali ganda usaha mencari kerja mkn gaji ok! chaiyok!!

Takat ni jelah nk merepek. Ni pun aku jd rajin sbb mata xleh tido..pasai apa pun tak tau la. huhu.. Maybe aku rindu someone? worried bout sumthin? or else? ntah... Yang pasti aku rindu.. rindu kt kwn-kwn, rindu dekat sapa2 jelah yg berkenaan..huhu... I MiSS all of them. The persons that had come into my life.

Wednesday, June 29, 2011

Bahagia?

Apa yg dimaksudkan dgn bahagia? Bahagia tu bila kita rasa senang hati? atau suka?
Korg bahagia tak dgn hidup korg skrg? Banyak definisi bahagia ni sebenarnya.. Bagi aku bahagia ni bila kita senang dgn hidup kita, rasa sentiasa cukup, senang hati, tgk org yg kita syg bahagia dan sbgainya la..byk plak nk tulis.. Bila kita bahagiakan org pun dlm masa yg sama hati kita pun boleh bahagia.

Pernah tak rasa tak bahagia dgn hidup sendiri? mesti pernah kn? hmm, aku pun tak terkecuali. ada masa aku rasa tak bahagia dgn hidup aku. Bila tak dapat apa yg diinginkan, bila dikecewakan atau kecewakan org, mmg aku rasa tak bahagia.

Semua org nak bahagia kn? of course, tanya la kt sapa2 pun even budak2 yg suka melepak2 kt tepi jalan tu.. Mcm mana ya nk bahagia? Aku nk hidup bahagia dan nk org2 sekililing aku bahagia jgk. Ok, nk bahagia cuba la tips2 kt bwh:

  • berfikir dan sentiasa bersyukur
  • jdkn hari ini lebih baik dari semalam dan yg lalu biarkan berlalu
  • biarkan masa depan hingga ia dtg dan jgn terlalu fikirkan benda2 yg negatif
  • buat baik pd org lain
  • berterima kasih dan appreciate seseorg
  • sibukkan diri dgn benda yg kita suka
  • yakin setiap masalah ada jln penyelesaian dan hikmah disebaliknya
  • sentiasa berdoa dan menjaga waktu solat
  • sabar
  • jd lah seorg yg pemaaf
  • terima kehidupan seadanya
  • byk lg...:-)
Semua org berhak hidup bahagia.. Hope kita bahagia. senyum selalu..:-)

Sunday, June 26, 2011

Lagi 3 Minggu..

Ok, praktikal tinggal lagi 3 minggu je. Sekejap la pulak, tak terasa pun. huhu.. Mula-mula dulu rasa malas ada, excited ada.. tp sekarang sedih pulak sbb dh nk habis. byk pengalaman aku dapat kt sana. Tp at the same time aku xsbr nk tempuh masa depan, nk rasa alam pekerjaan pulak..

Oh..nk kerja tp mintak kerja pun main-main lg..huhu..xtau lah apa nk jd. Laptop hilang sbb tu mls nk siapkan resume..huhu..(alasan je). Sepatutnya mmg dh kena usyar-usyar kerja kosong dari sekarang..ramai yg nasihatkan buat mcm tu. At least nanti tak la tanam anggur lama-lama..

Apa-apa pun result dh keluar, kena rajin-rajinkan diri la online cari kerja kosong..kerja xcari kita, tp kita yg kena cari dia..huhu..so apa lg.. jom la cari keja sekarang!!

ok2 kt kawan2 rumah aku, tahniah ek..xsia2 usaha kita utk last sem.. :)

Friday, June 10, 2011

Tulis blog sebab boring aka bosan!


Hari ni Jumaat ke4 aku praktikal di USIM. Dh 2 minggu aku dekat unit koleksi arkib. Hari-hari buat kerja yg sama. Convert OCR, buat flipping. Aduh, dh la kena sabar tunggu proses dia nk siap. Sabar ajela..huhu.. Mesti staff lain cakap aku x buat keja. Yela, bila depa lalu tepi meja aku, usyar aku duk main internet je, pastu fb, xpun baca iluvislam.huhu... Padahal sambil2 je ni. Nk tunggu convert OCR tu bukan sekejap. Ambil masa lebih 15min. Sometimes lebih pada tu n kdg2 hang plak..terpaksa aku start balik. Flipping pun sama, take time coz kena selak pdf yg dh convert tu sehelai demi sehelai sbb nk buat contents. Huhu. But, btw aku dpt pengalaman baru kt sini. Baru aku nmpak environment sebenar kerja kt library macam mana. Aku teringin nk jg kaunter, boleh tgk org sikit. Tp aku kt unit ni smpai habis praktikal..(15 Julai 2011). Lama kot. Aku kena siapkan projek ni..huhu..nasib badan..

Hari ni Kak Harianti aka bos aku dia tengah cuti. Azhar pun sama sbb akak dia kawen. Kak dia n wanie lak last day hari ni. All the best for u all. Semoga success slalu. Best la dh habis praktikal. Jgn lupa kt kami ok!

Kepada geng2 uitm, teruskan perjuangan kita kt sini. Kita lg sebulan je lebih kurang. Lepas ni dh bebas! hooreyy!!

Thursday, April 21, 2011

Keraskah hati kita?

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Berikut, tanda-tanda hati kita keras:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.
2.
Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.
3.
Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.
4.
Kurang mengagungkan Allah.

PELINDUNG vs PEROSAK


Aku tertarik dgn satu artikel 'iluvislam', bertajuk 'pelindung vs perosak'.

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Wahai perempuan, sedarlah. Jadilah pelidung diri sendiri. Jgn biarkan diri anda dirosakkan.

Friday, April 8, 2011

It's OVER...

7-8 April 2011. Berakhir sudah hari yg mendebarkan dan menggigilkan..hehe.. Alhamdulillah, syukur..

VIVA, which is oral examination where we need to speak in front of audience. Ye ka? hehe...btl la tu. Perasaan? teruja sgt sbb one of my big task dh accomplished td. Masing-masing balik rumah dgn muka yg happy... senyum je..:)

Tapi, byk lg assignment test n presentation yg kena siapkan sblm study week bermula. huuhu.. Insya'Allah, aku mampu dan kwn2, kita mampu buat semua tu. SEMANGAT! apa yg pnting, kerjasama..

Kt bwh, antara gmbar2 yg smpat ditangkap dan tertangkap during the VIVA session. hehe..

Leen, Hani, Jaja n Sya..berdebaq2....hehe:p


kita makan dlu na...rilek la dlu b4 present. :D

During my presentation..ketaq lutut..huhu

The future teacher/lecturer..tut yg berbakat :)

Leen, beliau di aim oleh En.Asmadi dan En. Rosli..hehe...

Hani pinky..so suuweett...:D

Conference on Library and Information Sciences 2011..

Kami dh abih present..hooreeyyy!

Bersama En. Asmadi yg nice :)

Bersama Ustaz Shamsul..hehe..




BE THE BEST AMONG THE BEST! :D

Tuesday, April 5, 2011

We did it! Trip to Singapore!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah perjalanan kami ke JB dan Singapore berjalan dgn lancar dan selamat pergi dan balik. Selama 4 hari kami merantau ke negeri/negara org. Byk input yg kami dapat. Best?? mmg best, sampai tak terkata apa-apa.. dapat jalan-jalan, sapa yg xbest? kn2...hehe:p

Kt bwh ni antara gmbar2 yg terpilih yg aku rasa menarik utk share:


Lokasi: 1. Esplanade (bangunan nenas) a lot of unique shape of buildings. I like!
2. Juga di esplanade ada hotel 3 cabang, bentuk mcm kapal, dan di atasnya adalah CASINO. Tmpat org berjudi dan bersuka ria dan buang duit.:p

Sempat berposing dgn pelancong asing. Ramai visitors especially dari Jepun, China n Thailand excited nk posing dgn ktorg sbb maybe dress up ayu, ngn baju kurung (dorg xpnh or jrg nmpak)..hehe..terasa dihargai n bangga la pulak.:D I loveMALAYSIA!



Menarik dan tertarik...


Masing-masing excited pilih barang cenderahati dkt China Town. Uish...shopping jgn tak shopping...$$$$$...

We are the future information proffesionals. Peace..Insya'Allah :). Ini di NLS (National Library of Singapore). Tak silap ada 7 tingkat coz bangunan ni combine dgn pjbt lain. Nice library n nice librarian we meet.. En.Ashif yg chinese look.:D

On the way to the Arab Street, the nice place for shopping the variety of souvenir. Aku tak shopping sgt sbb bajet xbyk..huhu..tahan ja..xpa2, next time bleh pi lagi. (nk sedapkan ht sendiri) huhu..

Suasana di Arab Street..

Mlmnya kami balik ke JB semula. Ini pulak Pasar Karat dekat JB je. Kira mcm up town la or kt Ipoh org panggil Gerbang Malam. Mcm 2 ada jual spt baju, kasut, seluar n etc. Mcm biasa aku cuci2 mata n dapat kemeja sehelai..hehe..:p



Di Studeo Universal. Posing je dekat sini. Kalau nk masuk kena byr $30++. Tempat yg menarik utk jalan2 dan bersuka ria.



Di NUS (National University Library). Very good library indeed..


Bergambar bersama encik coklat MnM

Uncle Singh aka Uncle Horeyy2....uncle yg sgt baik melayan kerenah kami. Dia adalah tourist guide kami. kalau xda uncle ni sesat la kami kt Singapore tu.huhu..miss u uncle :D

Ini mlm terakhir kami di Singapura. Di Sentosa Island, entering the Song of the sea ($12). Nice performance by the song group. Persembahan nyanyian+air+lampu. Sgt menarik. Smpai ternganga mulut (tp bukan aku la). hehe :p

Kenangan yang sgt indah utk thn 2011.. :)


Wednesday, March 9, 2011

A GIRL'S HEART DESIRE


Sometimes,
I want to open my hijab,
and show the world,
that I too,
am beautiful in the people's definition.

But,
deep down here,
in my little heart,
I know that beauty is by definition,
a mystery.
and it is forever more rewarding,
to be beautiful in God's eyes.

Sometimes,
I want to wear ruffled dresses and tight jeans,
show off what I really look like,
under those baggy shirts and loosely fitted pants,
make a statement,
that I too,
have a figure and worth looking at.

But,
I know better,
to avoid entering the world of men's imagination,
for I love my future husband,
and I am ashamed,
what should be his, has already been unveiled by others.

Sometimes,
I want to show the world,
the other side of me,
the bubblier, bolder, and crazier me.
put myself on display,
for everyone to see,
to be desired, and admired upon.

But,
I know that eyes are not just eyes,
seeing is not just seeing,
image and respect are gained,
shame and humility deserve a better place,

Because in the end,
it is not just about me,
I carry a lot of impressions and expectations,
of what a Muslim girl should be,

I am covered by the word "Islam" the moment I walk out of my door,
So don't be selfish girl,

Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for?

Love is all it takes.
Love.

InshaAllah

Tuesday, March 8, 2011

Need motivation? read this :)



The most difficult person to FACE in life is yourself.

A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.

Do not judge the FUTURE by the past.

Never stop reaching for the GOAL in front.

Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.

TRIVIALITIES can accumulate to an important episode.

Kind DEEDS can bring good returns.

DREAM is our motivation in life.

WISDOM is to understand that the world is ever-changing.

SINCERITY is a natural spring of water.

Danger brings us TRUE friends.

SMILE is the first step of a new life.

So, go on with your life with a new spirit.

Everyday is a new day.

Hari-hari penat

Assalamualaikum,

Alloha!! Hari ni merupakan hari yg sgt meletihkan. Kls dari pagi smpai ke ptg. adoii....sabor ajela..
kerja sekolah menimbun mcm gunung.. Sgt byk. xnk fikir boleh? huhu

Xdak input lngsung entry aku ni. Maklum lah, otak pun penat, xtau nk merepek apa kt sini. Ok, gudnite.:p

Wednesday, March 2, 2011

Mari membuat pilot test!

Alhamdulillah akhirnya berjaya aku siapkan pilot test utk malam ni. Actually pilot test ni dibuat utk test research kita sama ada respondent paham or tak dengan research yg kita buat.

Contohnya, kita distribute quesntionnaire pd 10 atau ++ pada kwn2. Suruh dorg jawab as a respondent untuk test questionnaire tu kena atau tak dgn study yg kita buat.

Bila data dh di analyse, and then dapat scale 0.6++ maknanya questionnaire kita tu lepas la dan respondent paham topik research kita tu.

So, lepas pada tu kita boleh la proceed distribute questionnaire pd respondent (yg betul2 punya). Macam aku, respondent dikalangan students IM220 part 2,3,4,5&6. Jenuh la nk pi cari depa.. adoi la..huhuhu... Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku dan kwn2..aminn...:)

Saturday, February 26, 2011

Sekejap cuma :)






















Assalamualaikum..

Dah lama pulak rasanya aku tak update blog 'Nothing is impossible' ni. Entry kali ni aku nk listkan semua kerja-kerja yg kena siapkan untuk sem ni. Mcm yg sedia maklum, sem ni kami ada 9 subjek. huhu..byk gila!! Actualy 8 je. Lg satu subjek untuk praktikal nanti. Kt bwh ni aku senaraikan semua task bg semua subjek:

1. Library automation
  • Individu (article review-21/3)
  • Group prject
2. Strategic information system
  • Group project
3. Digital libraries
  • Individu (report-fieldtrip)
  • Group project (WebOPAC)
4. Infomation marketing
  • Individu (review-8/3)
  • Group project
5. Web programming
  • Individu (blog nie:p)
  • Group project (WebOPAC)
6. Computerized cataloging
  • Group project (MARC21)
7. Metadata
  • Group project
8. Research method
  • Infomation Overload Phenomena: a study on IS220 students at UiTM Kedah. (VIVA)
huh, penat aku nk listkan semua assigment. Walau apa pun ni semua tanggujawab sbg students. Nak tak nk kena siapkan jugak. btl tak?? So, all the best ya!!

Friday, February 25, 2011

Semangat oh Semangat..



Assalamualaikum..
Mana pergi semangat nk belajar ni. huhu. Assignment menimbun, byk sgt. aduhh..help me!

Ini la dugaan hidup namanya kn? Masing-masing ada tugas dan cabaran hidup. Nak tak nak kita kena hadapinya jugak. Betul tak? So, be strong ajelah ok.

Setakat ni yg aku dh senaraikan ada 12 task yg kena siapkan dan submission datenya pun lain-lain. Ada yg nk kena hantar awl bulan 3 ni, dan byk final projek kena submit sebelum study week. Hmm, masa singkat yg ada xboleh la nk main-main, berjimba-jimba sgt. huhu..

Tp semalam aku dgn kwn2 rumah sempat lg melayan movie tajuk "Sanctum" yg bermaksud tempat suci. Ok la, aku bleh bg 4 bintang. hehe :p. Apa-apa pun, hidup x boleh stree sgt kn? kena juga ada masa untuk rehatkan otak dan main-main sikit. kalau tak boleh jd gila agaknya. huhu.

Kepada kawan-kawan, good luck untuk sem ni. Igt, ni sem akhir kita. Kita kena struggle dan jgn mudah putus smgt ok! All the best dan berusaha untuk dapat yg terbaik. Chaiyok2!

Jgn lupa kita patut BERUSAHA + BERDOA + BERTAWAKAL = SUCCESS! (dunia dan akhirat) amin...

Sekian, wassalam :)

Thursday, February 24, 2011

Sekian lama..

Assalamualaikum..
Wah, sekian lama tak update blog ni, hari ni aku update balik. Kalau ikutkan hati memang xde idea nk tulis-tulis blog ni. Tak tau nk share apa. huhu..
Ini merupakan salah satu individual assignment utk subjek web programming (En. Zul). 9hb3 nanti dia nk tengok. Dia nak kami satu kelas create n tulis blog tak kisah crita pasal apa-apa pun. Tp, mesti kena update. huhu..mcm2 la.

Kepada kwn2 kelas jgn lupa jd follower eh..jasamu dikenang..hehehe..let share something at here ok!