
Aku tertarik dgn satu artikel 'iluvislam', bertajuk 'pelindung vs perosak'.
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.
"Merosakkan?"
Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?
Merosakkan dengan setiap tindakannya  yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga  melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan perempuan  itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan  hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya  masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan diri anda  dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung  berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak  mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?
Wahai perempuan, sedarlah. Jadilah pelidung diri sendiri. Jgn biarkan diri anda dirosakkan.
No comments:
Post a Comment