Friday, September 28, 2012

Pemimpin yang BAIK....

Assalamualaikum...

Tak ada apa yang menarik hari ni. Hari-hari yang yang aku lalui sama saja..tapi alhamdulillah kehidupan aku bertambah baik dari semalam.. Errr....terbelit-belit kn? tak faham tak apa sebab biarlah aku sorang je yang paham..hehehe...SENGAL..

Hari ni rasa nak meluahkan rasa mengenai pemimpin. Kenapa ya? Ada kisah disebaliknya maybe...? Ok, yang dimaksudakan dengan pemimpin ialah seseorang yang bertanggungjawab sebagai ketua dan memimpin sesebuah kumpulan, organisasi, dan negara. Sebagai contoh ketua kelas, pengawas, guru, guru besar, bos, perdana menteri, dan sebagainya.

Apa yang sepatutnya ada pada diri seorang pemimpin? Apa ciri-ciri pemimpin yang patut kita panggil pemimpin yang sebenar-benarnya? For me, seorang pemimpin yang berwibawa mesti la ada kriteria-kriteria seperti yang aku senaraikan di bawah;

1. Ada pegangan agama yang kukuh
kalau pemimpin pun kaki perempuan, tak menepati masa dengan Allah, tak solat, buat maksiat, dan seangkatan dengannya layakkah dia dicontohi dan digelar pemimpin?

2. Rendah diri @ humble
Seorang pemimpin yang baik seharusnya bersifat rendah diri dan sentiasa melayan orang bawahannya sama rata tanpa mengira status dan taraf. Tidak bercakap kosong dan tak bercakap besar. Especially sweet talker....errr ada kena mengena ke? hehe

3. Jujur dan amanah
Jujur means, dia akan smpaikan apa yang sepatutnya dia sampaikan. Dalam erti kata yang lain, dia tak berdusta, bercakap benar dan sentiasa bercakap betul.

4. Bijak.
Of course seorang pemimpin tu kena bijak dan pandai. Kalau abc pun tak lepas, macam mana tu?

Banyak lagi actually, tp yang aku tulis kt atas sebahagian je. Yang aku nak tekankan sebenarnya ialah seorang pemimpin yang baik dia memahami Islam yang sebenarnya, patuh pada suruhan Allah. Pemimpin sekarang yang aku nampak hanya pndai bercakap, tanam tebu dibibir dan tak ikut garis panduan yang sebenar sepatutnya yang ada pada diri seorang pemimpin.




Tuesday, September 25, 2012

Err...cop-cop buku je keje awak kn? senang je :p

Assalamualaikum. Apa khabar blog shidaonyx? tuan shidaonyx ok tak? hehe...(tak berapa nak betul sebab dh penat kot? kot jela...huhu..#$%^$#%^?). Ok, dah lama rasanya tak merapu di blog shidaonyx ni. Busy barangkali..ahaksss! gedik...

Setelah penat seharian mengadap kerja yang sama setiap hari..hmmmm..bosan tak? yess, agak la..huhu...Apa boleh buat, orang kata tak baik merungut. Buat dengan ikhlas baru lah hati pun senang.

Apa yang aku merepek ntah la. Ok, abaikan perkara di atas. OMIT benda-benda yang nonsense tu ya!

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.. selama aku kerja, kadang-kadang aku terfikir apa sumbangan aku pada company tempat aku bekerja sekarang..(err...kerja pun baru 6 bulan jgn nk perasan dh bertahun ok shidaonyx! huhu).

Serba sedikit tentang apa kerja yang aku buat. First, aku kerja di company melayu, Puan Farah Mahami, anak kepada Tan Sri Mustapha Kamal. Aku sebagai asst librarian di Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak milik anak bongsu Tan Sri, iaitu Puan Farah.

Perpustakaan tempat aku kerja ada 3 orang staf kesemuanya iaitu sorang Head Librarian (Cik Mus), dan dua orang librarian merangkap asst librarian (Kak Has dan Aku). Mungkin ramai orang tak tahu, apa sebenarnya skop kerja seorang yang bergelar pustakawan. Ok, kalau tanya orang kat luar sana ramai akan kata pustakawan "yang keje cop2 buku tu ke?". Owh, itulah mentaliti orang kita diluar sana tentang kerja pustakawan ni.

Ok, mari aku explain sikit apa kerja librarian ni sebenarnya. Just a brief explanation, seorang yang digelar librarian mestilah ada diploma or degree holder dalam pengurusan perpustakaan dan sains maklumat. Program pengurusan maklumat atau pengurusan perpustakaan ni ditawarkan oleh IPTA dan IPTS seperti UiTM, UNISEL, UIA dan maybe ada lagi IPTS lain yang menawarkan subjek course yang sama.

Sebenar-benarnya, seorang pustakawan bukannya kerja cop2 buku je, tapi lebih dari itu. Dalam sesebuah IPTA / IPTS / organisasi-organisasi yang besar ada perpustakaan sendiri yang bertujuan menyediakan kemudahan sumber maklumat dan rujukan kepada pengguna yang terdiri daripada pelajar, pengajar, staf dan pada sesiapa sahaja yang ingin mencari maklumat (researcher).

Okey, ni antara lain tugas pustakawan yang aku copy and paste dari web portal SPA. Ahakss.....

Bertanggungjawab melaksana secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kewangan, penyeliaan dan pengurusan sumber manusia, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan.

See, dah malas nk tulis banyak-banyak. So, walau apa kerja sekali pun, jangan sesekali kita pandang rendah waima tukang cuci skali pun orait? Respect each other dan jangan fikir kita saja yang betul dan kita saja yang terbaik.

Wasalam..