Friday, January 24, 2014

TIRED OF THESE......

I am tired of these things.....


  • Work, work, work...tidying up books, key in books everyday and everyday. 
  • Annoyed with the students and teachers attitude
  • Not listen and unable to follow the rules 
  • Arrogant school principle/ students/ parents
  • Don't have any privacy on work
  • Job and salary satisfaction
  • No appreciation at all and working like I am his/her servant!
  • Not responsible to the books borrowed
  • THIEFT!
  • No manner 
  • Brings in bags/ food and etc inside the library even the big sign already up IN FRONT of the door
  • No RESPECTING others
  • Library is not a library but like a PLAYGROUND and NIGHT MARKET
  • Hate to keep reminds and told the same person about the rules 
  • No action from the principle and teachers regarding to the students attitudes complaint
  • Hate to shout to them and they didn't listen
Feel that I want to quit... 


Thursday, January 2, 2014

Dear 2014, be nice to me!




Detik seiring waktu, berjalan tanpa henti. Tahun 2013 dah berlalu dan sekarang kita dah masuk ke tahun baru 2014. So, welcome 2014 bersamaan tahun 1434 hijrah.

This year will be new phase for me. Ini bukan azam, tapi just a simple a few positive things yang aku carry forward dari tahun lepas yang kadang-kadang aku buat dan kadang aku lupa..(ohh such a forgotten punya orang).



  • Tak nak tido petang especially lepas asar. Ok, cikgu pernah kata siapa yang tido lepas asar 44 hari boleh jadi gila. (boleh percaya ke?) I think so, sbb dari penilaian yang aku buat bila aku bangun je dari tido di petang hari mesti mood ting-tong dan rasa nak marah orang disekeliling (no mood). hehe :p
  • Nak bangun awal pagi dan mandi air sejuk (kalau ada air perigi lagi bagus). Dari sumber pembacaan tak seberapa ni, mandi awal sebelum subuh dapat sihatkan, segarkan tubuh badan di samping tips untuk mengatasi darah gemuruh (memamg sesuai untuk orang yang ketaq lutut macam aku). 
  • Rajin-rajin berdoa. Doa bukan bila waktu kita bersedih atau sendiri, tapi sentiasa berdoa tak kira waktu senang, gembira atau berdukacita. Tau Allah dengar semuanyanya tapi kadang-kadang kita lupa dan lepas solat nak cepat-cepat je buat kerja yang kadang-kadang tah apa-apa. Betul tak, betul tak? Doa untuk diri sendiri, mak ayah, pasangan, family, keluarga, kawan-kawan, umat Islam seagama. In sha Allah bila kita doakan orang urusan kita dipermudahkan dan orang yang sama akan doakan kita balik.. :)
  • Buat benda yang saya suka! Tak mau dah banyak termenung mengenang nasib, 'kenapa aku macam ni, tak macam dia', 'kenapa aku rasa sunyi', 'kenapa aku tak kaya', dan banyak lagi la kenapa. Stop it.. dan mula fikir apa yang aku boleh buat bila aku bosan, bila aku free. All the things that u like. Macam, ber 'Art n Design', belajar menjahit, baking, main masak-masak, hiking, melukis, hang-out dan bersosial (bukan pi disco n cucuk langit ye!) dan banyak lagi lah... (over thingking**)
  • Tak mau jadi orang yang lokek. Pernah tak tengah makan kat restoran atau kedai mamak tiba-tiba datang sorang budak mintak derma itu ini, jual produk kesihatan atau something else. Apa yang kita rasa? kadang-kadang sebelah hati kata kesian budak ni, apa salahnya hulur duit takat yang mampu. Then sebelah lagi hati kata, tak payah la bagi, ntah2 sindiket je sume tu. Ok, yang penting niat kita. Kalau kita bagi sedekah dengan niat Ikhlas, in sha Allah akan dapat balasan dari Allah, kalau dia nak menipu atau sebagainya itu antara dia dengan Allah. Think it, bila kita sedekah Allah akan murahkan rezeki kita. Itu janji Dia. Insha Allah. Hulur pada orang tua walau sedikit.. (hopefully continuous)
  • Solat itu penting. Tau kan perkara pertama yang akan dihitung/ dihisab bila kita mati adalah solat. Macam mana cara kita solat? masih berterabur? adakah dikerjakan awal atau diakhir waktu? tepuk dada, tanya diri sendiri. (reminder for myself). 
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama yang seseorang itu dihisab dengannya ialah solatnya, maka jikalau baik solatnya itu, sesungguhnya berbahagialah dan beruntunglah ia dan jikalau rosak, sesungguhnya menyesal dan rugilah ia." "Jikalau seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya, maka Tuhan Azzawajalla berfirman: 'Periksalah olehmu semua (hai malaikat), apakah hambaKu itu mempunyai amalan yang sunnah.' Maka dengan amalan yang sunnah itulah ditutupnya kekurangan amalan wajibnya." "Kemudian cara memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara memperhitungkan amalan solat ini." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi.
  • Be nice to sesama makhluk dan hati mau baik. Senyum, jangan ada hasad dengki. Hati dipanggil 'Qalbu'. Dalam diri setiap manusia, ada Qarin yang akan membisikkan perkara jahat/ negatif supaya JANGAN buat perkara yang baik dan ingkar dengan suruhan Allah. Apa pun kita kena lawan dan cuba cari ilmu supaya rohani kita sihat, kuat dan hati kita sentiasa bersih. Macam mana nak bersihkan hati? kita sedaya upaya jaga, awalkan, kusyuk dalam solat, doa, baca al-quran, berzikir, hadir ke majlis ilmu, membaca sumber ilmiah dan etc. 
  • Jaga adab dan akhlak. Cuba untuk bercakap benda yang baik-baik, bercakap sopan, jaga percakapan dan always think twice before speak. (kadang-kadang dh cakap baru fikir). cuba ehh, fikir dulu baru bercakap ok!
Ok, cukup la setakat tu. Apa-apa pun selamat tahun baru 2014. Semoga kita dapat jadi seorang HambaNya yag baik dan taat, anak yang baik pada ibu bapa, kawan yang baik, saudara yang baik dan semua yang baik-baik..  

Friday, October 25, 2013

Sungai Petani Here I Come!

Assalamualaikum semua.

Sebenarnya dah lama terdetik nak update blog yang usang ni. Tapi memandangkan kekangan masa dan kemalasan, terbengkalai la hajat di hati nak story mory sesuatu yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama. So berbekalkan semangat kerajinan yang sedikit ni aku nk story pasal tempat belajar lama iaitu SP Kedah.

Minggu lepas, dengan keputusan last minitnya aku decide untuk pegi interview di Alor Setar Kedah. Orang yang panggil interview tu pun satu hal, semalam panggil interview esoknya suruh datang dah, tak ke kelam kabut aku. Oh, tapi itu bukan point utama dalam entry ni. Benda yg nak cerita adalah lepas je balik interview kt tu aku sempat menjoreng (bersuka-ria) sorang-sorang ke Sungai Petani pusing-pusing tempat belajar dulu.

Lepas je habis interview, terus je drive keta ikut jalan lama (save tol) menuju ke SP. Dalam kepala nk melawat UiTM je sebenarnya. Bagi aku, Merbok tak banyak berubah pun. Dalam perjalanan ke UiTM Merbok macam biasa akan lalu Sungai Semeling. Haa, dekat semeling ni lah yang ada Jeti Semeling, tempat yang sangat nice untuk ambik gambar n view dia pun lawa bagi pencinta alam sekitar macam aku (err.. yela sangat kn..hehe). Jeti Sungai Semeling ni actually tempat pemeliharaan dan pemuliharaan paya bakau. Kat situ ada rumah yang seakan-akan igloo yg dibuat daripada batu bata tanah merah. Macam-macam lagi kemudahan dekat jeti tu termasuklah ada mini muzeum (berkenaan pokok bakau), surau, restoran, dewan seminar, dan tandas. Boleh dikatakan ok la untuk jadi port lepak-lepak sambil berzikir memuji Allah. (see sambil melepak memuji Allah...Subhanallah, Alhamdulillah :) ).

Tu lah rumah igloo yg aku cakapkan td. Tp igloo ke ni? haha.. Dalam ni dorang letak kayu arang..Gmba ni amik dari dalam keta je sbb luar panas sangat, tengahari rembang la katakan..
Sepanjang perjalanan ke Merbok kiri kanan akan melalui kebun sawit dan dalam celah-celah kebun tu ada projek cari gali tinggalan kuil/ rumah ibadal lama. Aku pun tak berapa sure, sejak belajar lagi depa cari gali tak habis-habis. Ntah bila la nk siapnya. Keadaan masih sama macam 2 tahun lepas. Menggamit memori lama gitu..haha...

Sampai je UiTM Merbok, sunyi sepi je sebab masa tu students tengah cuti sem. Masuk je entrance, tanya Pakcik guard tu 'boleh tak saya nak pusing-pusing kejap pakcik?, saya ex-students sini'. Pakcik tu pun sengih dan sempat tanya tahun bila last kt UiTM ni, dah kawen ke belum? (patutkah dia tanya soalan sebegitu? hehe). Aku pun jawab jela dengan sopan, 'belum lagi pakcik' sambil sengih je kt dia..(adoiii..). Sempat berbasa-basi dengan pakcik tu ada keta kt belakang...mujur la..kalau tak berjela-jela la pakcik tu interview. huhu...

Dalam UiTM pun tak banyak yang berubah. Pusing-pusing ambil mood, mengimbau kisah lama waktu belajar dulu. Rasa teruja sorang-sorang tak tau nk share ngan sapa...(boleh share dgn social network jela time tu..huhu). Selama 2 tahun kt situ banyak masam manis, asam pedas yang aku dan kawan-kawan lalui. Nak-nak kami 1st batch post diploma buat degree kt situ, macam ada je benda yang kurang kalau nak compare dengan UiTM Puncak Perdana. Tapi alhamdulillah, semua kami berjaya menamatkan course degree kami dengan jayanya (jaya ke?). Alhamdulillah then...

Terasa nk belajar balik boleh kan?

Bangunan pentadbiran, kalau dulu suka lepak kt bawah tu sementara nak tunggu kelas Bahsa Arab..huhu..

Kononnya sebelum habis belajar nak posing-posing kt sini dengan classmates/ housemates...dah tu masing-masing buat lupa je sampai la habis belajar.. ok, ni jela yang mampu. hehe

Yang boleh amik gambar bas ni sebab teringan dengan Pak Latib dan lagi sorang tak ingat nama (kami panggil dia abah), driver bas UiTM ni. Depa yg bawak waktu trip ke Singapore hooray2 dlu..owh sangat-sangat miss kenangan tu.

Kalau boleh memang banyak lagi tempat-tempat yang terasa nak pi masa ni, (tanjung dawai, pantai merdeka, candi lembah bujang, town SP...etc) tapi sebab sorang-sorang dan ada kebarangkalian nak kena culik ke apa ke, terpaksa la aku batalkan niat murni tu..hehehe... Mungkin satu hari nanti boleh spend 1 atau 2 hari buat reunion kan kawan? (ada tak yang nak jawab nih..kalau setuju angkat tangan!). Boleh ambik sijil akhir sem sekali..(Hafiza Md Daud said)...




Friday, August 16, 2013

Umur semakin meningkat

Selamat hari lahir untuk diri sendiri yang ke 25 tahun. Wah dah tua nmpaknya kamu. Hehe. Ucapan untuk diri sendiri...dan impian untuk aku yang semakin meningkat usia ni, harapan nak jadi seorang hamba Allah yg sentiasa bersyukur.. dan semoga diberi hidayah untuk jd hamba yg lebih baik, anak yang baik, adik n kakak yg baik utk kakak m abg n adik...cundak yg baik utk anak2 buah dan sahabat yg baik utk kwn2.. isteri yg baik untuk encik suami..opss...ini belum lg. Hehe. Insha Allah wanna be the best for all of them.. my family, my future family and all people arround..

Wednesday, March 27, 2013

Hati tolong bersabar...

'Hari ini lebih baik dari semalam'. 
...................................................................................................................................................................
Ungkapan yang positif untuk memotivasikan diri sendiri. Dan ungkapan yang menandakan kita bersyukur sebab mampu lagi buka mata dan bernafas macam biasa.. Tapi cukup bersyukurkah kita?

Hopefully, and supposely today is better than yesterday. Masing-masing ada ujian dalam hidup, dan setiap ujian tu berbeza. Allah bagi sesuatu dugaan dan ujian yang hambanya mampu, ujian jugak adalah satu rahmat sebenarnya. Kita, manusia selalu lupa rite? So, that's why Allah bagi kita ujian untuk kita selalu ingatkan Dia, mohon pada dia untuk lalui dugaan tu dengan tabah. Why I said Ujian itu satu rahmat? Dengan ujian atau dugaan lah kita boleh belajar sesuatu dalam hidup dan ujian jugalah yang bagi kita kekuatan untuk teruskan hidup..betul kan?

Kadang-kadang kita sedih dan berdukacita sebab apa yang kita minta padaNya belum termakbul. Kita tak dapat apa yang kita inginkan. Sebenarnya Allah dah merencanakan yang terbaik untuk kita. Dia nak kita selalu berdoa dengan penuh harapan. Yes, dengan penuh mengharap, dan serahkan segala-selanya pada Dia. Ingatlah, Allah sentiasa mendengar luahan hati hambanya...Dia sentiasa ada bila kita perlukan, just tadah tangan dan berdoalah.. =). Insya'Allah doa kita akan termakbul, dan kalau tidak, mungkin Dia nak bagi yanglebih baik dari itu. He knows everything and He know what's the best for hambanya..

Jadi, sentiasa ingatkan diri, jangan lupa bersyukur dengan apa yg Dia bagi. Redha itu memberi kebahagian dan ketenangan. Actually itu yang kita cari dan semoga Dia bg kebahagian dan ketenangan yang kita cari. Macam mana? Solatlah, sentiasa berdoa, tinggalkan apa yang Dia larang, buatlah kebaikan dan redha serta bersyukurlah...

'Jangan berputus asa jika Allah menunda apa-apa yang kamu sukai. Jangan bersedih hati tetapi bersabar dan tersenyumlah..kerana Dia berfirman dengan penuh kasih sayang....' 
(al-Insyirah : 6)


Tuesday, March 19, 2013

Baguslah.....

Entry ni sengaja tulis sebab mata ni dah pun mengantuk sebenarnya tapi gedik tak mau tido lagi...bukan orgnya, tp mata yang gedik tak mau tidoq...huhu..boleh ka macam tu? pun boleh...ada orang kisah? of course not kn?

Siang tadi aku dengan nekadnya membeli sesuatu dan mungkin boleh mengubah aku untuk bergerak kehadapan dan bukan lagi hangat-hangat tahi ayam. Tak usaha maka kita tak kn dapat kn? So percaya pada rezeki dan usaha, aku rasa aku perlu buat perubahan dalam hidup. Kalau aku yang tak ubah kehidupan tak kan berubah...is it right? ya...mungkin...

Yes, memang aku minat berniaga, dan cita-cita aku satu hari nanti nak buka butik muslimah sebelum umur meningkat 30 tahun...Errkkk boleh ke capai impian tu? Insya'Allah boleh kalau aku usaha betul-betul. Dah hampir setahun pun aku buat bisness online ni. Nama butik online aku 'SS Style'. Memang style sangat..derr....(singgah la ok ini link dia: https://www.facebook.com/ssstylebyshida) dan jgn lupa like page tu...tengss :) :)

Sumber rezeki 9/10 adalah daripada perniagaan. Kita semua dh sedia maklum kan hal tu. Tapi kebanyakan kita takut dan kurang rajin untuk berniaga sebab takut risiko dan bla bla bla...Macam aku jugak, nk mulakan memang takut nak-nak bila perlu keluarkan modal sendiri. Untuk pemulaan kalau betul minat nk berniaga, ada je kaedah lain untuk mencuba berrniaga. Yang perlu ada ialah masa, semangat dan kerajinan. Teknik yang orang selalu guna ialah sistem dropship. Dimana, kita tak perlu nak keluarkan modal, dan tugas kita hanya tolong promote produk dan ambil order. Dah collect semua order just inform pada supplier and then semua proses termasuklah penghantaran akan dibuat oleh supplier...Macam tu la seterusnya....

Semangat aku tengah berkobar-kobar untuk beniaga sekarang. Tapi kecik-kecik jela sebab modal pun tak cukup dan ilmu di dada belum cukup lagi. Semua tu boleh dicari dan bergantung pada masa, dan usaha sendiri. Aku rasa aku banyak sangat masa lapang disebabkan balik kerja awal, seawal pukul 4 dh balik kerja. Pastu 4.30 dh ada kt rumah. Then, why not aku cuba dan buat sesuatu yang aku suka?

Ada dua orang kawan aku yang sentiasa buat aku bersemangat, Kak has dan amar. Depa dua orang selalu cakap pasal bisness dengan aku dan aku secara tak lansungnya terpengaruh. It's ok kalau terpengaruh benda yang baik rite? :).

Keep on trying and never give up for me and also kak na, kakak aku yang tergedik-gedik jugak sekarang ni untuk buat perubahan dalam hidup..

Hope lepas ni boleh tido dengan lenanya..Good night then.... ;)



Monday, February 25, 2013

Car crash? Apa perlu buat??

Petang Sabtu haritu dengan tidak disangka-sangka aku terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Banggggg! tiba-tiba rasa satu gegaran yang menggegarkan keta aku termasuk aku skali sbb aku duk dlm keta..huhu... gempa bumi ka apa? ohh rupa-rupanya ada sebiji honda dh mencium bumper keta aku...dapat ciuman free....bestnya....

Ok, apa perlu buat bila berlaku kemalangan? Mula-mula mesti terkejut kn? Bila kemalangan tu, calm down tarik nafas panjang-panjang dan selawat banyak2..(ini untuk kemalangan jalan raya yg tak kitikal la, just minor injured, tuan badan tak injured cuma keta je yg injured). Tapi mungkin boleh dipraktikkan jugak dalam apa jugak keadaan sbb dengan selawat dapat tenangkan diri.

And then, keluar la keta cepat-cepat untuk tengok keadaan keta sama ada teruk atau tidak dan yg penting tengok no plat keta yang langgar tu. Takut-takut dia tak nak bertanggungjawab, maka jd la kes langgar lari nanti. cepat-cepat salin or hafal no plat keta yg langgar kita tu.

Bila berlaku kemalanga, ada dua option, either org yg bersalah tu nk bertanggungjawab atau buat report polis untuk claim insuran. Jangan gelabah teruk sangat sampai pengsan, kalau tak tau nk buat apa call sapa-sapa yang dah ada pengalaman dalam bab tu.. Dan jangan lupa ambil detail org yang langgar spt nama, ic no, alamat, no tel n etc (kalau rajin mintak biodata skali..hehehe =P)..tu yang penting!

Ramai yang akan cakap buat report kerja remeh dan bole makan masa. Paling singkat 10 hari dan paling lama boleh mencecah sebulan untuk setel. Tapi itu cara law, dan kalau org yg langgar kita tu xde duit nk ganti. Tapi kalau dia willing nk bayarkan semuanya (mmg sepatutnya macam tu sbb salah dia langgar kita), better buat mcm tu sebab nk memudahkan diri sendiri and for the both side.

Apa-apa pun alhamdulillah aku selamat dan tak cedera apa-apa. Cuma keta jela yg injured dan maybe hati injured sbb tengok keta kena cium. huhu.... Ayah kata, keta takpa boleh repair kalau rosak, kalau hg mcm mana? (hg = saya) huhu....baiklah, bersyukur sebab kemalangan tak teruk.

Terima kasih sebab ada yang ambil berat dan sudi menghulurkan bantuan time rasa susah mcm ni. Thanks =).