Saturday, November 24, 2012

Book Processing

Assalamualaikum...

Aku dilahirkan sebagai seorang pustakawan. Ya, apa jugak pekerjaan kita sekarang adalah rezeki kita kan? So, bersyukurlah anda dikurniakan rezeki dengan pekerjaan itu..(chewahhh..hihi) . :)

Tugas seorang pustakawan memang tak boleh lari dari buku, buku dan buku..(brape banyak buku la kn? hehehe..). Ok, untuk 3 minggu ni aku bertugas sorang-sorang sebab bos kesayangan (errk sayang ke? huhu) pergi kursus BPG (Bengkel Pendidikan Guru) di Kajang. So dengan senang hatinya aku bekerja sorang diri 6 hari seminggu. Wow! bestnya cuti sehari! huhu..

Sepanjang seminggu ni aku sibukkan diri memproses buku-buku yang baru sampai. Tak banyak pun, dalam 13 copy je. Then, aku proses pulak buku-buku backlog. Buku-buku backlog ni kira macam buku- buku lama yang belum di process lagi. Macam mana gaya nak process buku ni ya? ok, meh aku cite sikit mcm mana nk process buku.

The first thing kena receive buku, then baru lah buku-buku tu boleh di process. Berikut, step by step macam mana aku process buku. (kalau ada yang tertinggal nasib la) hehe..Walaubagaimanapun proses ni depends pada polisi sesebuah perpustakaan lah. Disebabkan perpustaakaan aku masih belum implement full sistem maka, proses ini aku buat manual je.

1. Bagi unique number pada tiap-tiap buku yang smpai. (accession number). Kira macam no lahir buku tu la, supaya kita dapat tau holding library kita at the end and memudahkan pengguna retrieve semula buku tersebut.

2. Lepas tu kita check biblio data buku tu dan masukkan dalam sistem (if ada sistem la). Sebagai contoh kita boleh retrive biblio data dari mana-mana perpustakaan dengan hanya mengimport data dari perpustakaan yang already ada details buku tu. Detail buku seperti judul buku, pengarang, ISBN, physical description, subjek dan etc.

3. Selesai key in biblio detail, bermakna buku tu dh selamat direkodkan dalam sistem yg diguna pakai. Proses ini sangat senang bila kita menggunakan sistem dan semua proses adalah di atas talian dan dihujung jari. Proses ini iala copy cataloging orang panggil. Copy cataloging tu merupakan way utk menkatalogkan buku-buku. Segala maklumat buku kita boleh import dari library lain (kira mcm copy n paste la..) tp ini dibolehkan sebab dalam dunia cataloging kita boleh share maklumat buku yang sama. (sharing is caring kn? =) ).

4. Dan yang paling penting, setiap buku yang di proses mestilah diberi call no. Apa gunanya call no ni pulak? call no ni sebenarnya gabungan nombor dan huruf di mana ianya untuk mengroupkan buku-buku mengikut kategori masing-masing. (err..orang faham ke ntah apa yg aku nk sampaikan ni..huhu). Contonya, menggunakan sistem pengkelasan DDC atau LOC. (ha org lain mst tak paham except budak-budak library sebab benda-benda ni mmg makanan ruji dorang...hihi).

5. Kemudian, print out call no utk buat label pada buku yang di proses. Orang panggil spine label. Nanti aku tunjuk gambar ok! Akhir sekali buku yang telah siap di proses boleh la disusun pada rak mengikut kategori masing-masing...Sekian.....


buku-buku yang belum diproses

ini lah dia spine label =) n dekat spine label ada call number..

PC ni da tak boleh bukak..Oh my God...habisla....

Dah siap proses






Istanbul Aku Datang!!

Salam semua..hye!

Sebenarnya mata tak boleh lelap ni. (Padahal esok keja shida oi..pi tido sana! huhu). Buat gaya macam esok cuti, sebab esok kan weekend...hooreyy!

Ok, nak cerita pasal movie yang aku layan dengan kakak-kakak rumah baru-baru ni "Istanbul kami datang" eh...."Istanbul Aku Datang". hehehe. Filem ni dilakonkan oleh Lisa Surihani, beto dan Tonyok...oppss typo pulak...sory2..bukan tonyok, tapi Tomok. hehe..:p. Filem ni mengisahkan percintaan remaja dimana Dian iaitu watak yg dibawa oleh Lisa, pegi ke Istanbul untuk agenda yang tersendiri iaitu nak Tomok melamar dia sebagai isteri. Then, macam-macam berlaku sepanjang Dian berada di Istanbul bagi menjayakan agenda yang dirancang termasuklah pertemuan Dian dengan Beto (nama watak tak igt da) hehe...

Malas la nk review panjang-panjang.. Tp at the end of the story Dian kena pilih sorang di antara beto dan tomok. jadi agak2 siapa yang jd pilihan Dian?? Haaa nak tau kena la tengok sendiri ok! Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang..best and fun!

Sebelum wayang start aku dan housemates sempat melantak big apple dekat OU. Amik kau sorang 2 ketul..maka kekenyangan la kami...Alhamdulillah.. :)

dap tak? 


tgh membahagi satu utk kau dan satu utk aku :p

donut ni nama alien

minah kuat lantak..hehe

Monday, November 19, 2012

Jatuh Cinta dengan 'DURIAN CREPE'

Assalamulaikum wbt....

Tengok title entry macam best kan? hehe.. Jatuh cinta adalah perkara biasa..(yeke biasa? err luar biasa bagi aku..hehe). Cinta tu adalah satu perasaan dan cinta tu sangat luas maksudnya. Cinta pada yang Maha Esa, cinta pada mak dan ayah, cinta pada adik beradik, cinta pada kawan-kawan, cinta pada makhluk ciptaan Allah dan sebagainya. Banyak kategori untuk CINTA ni kan? hehe...aku tak pandai nk ulas panjang berjela pasal cinta ni sebab aku bukan 'Dokter Cinta'...hehehe.

Actually aku bukanlah jatuh cinta dengan manusia. Yang sebenarnya aku dah jatuh cinta dengan sejenis makanan yang bernama 'Durian Crepe'. Durian crepe no sejenis makanan pencuci mulut berasaskan buah durian sebagai inti. Balik weekend hari tu aku dh mencuba buat durian crepe ni. Ok ni la rupa dia durian crepe aku yang tak menawan tu..hehe...

Durian crepe tak jadi :p
Tengok pada gambar di atas, takde rupa lansung kan? hehe....bagi anak buah rasa...cundak, cundak ni apa? makanan ke? ohhh God, teruk sangat ke rupa durian crepe aku ni? anak buah aku pun tak cam ni spesis makanan ke apa..huhuhu...

Takpe, 1st try tak jadi..lain kali cuba lagi OK! don't give up =). Cuba la lain kali...resepi dah ada kan? Jom....

Bahan2 crepe;-
250g gandum
3 bj telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

 Cara2:
1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudia tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sdkt myk.
5. Tuang 1 senduk kecil dan msk crepe. X perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.

Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whippg cream

Cara2:
1. Pukul whipping cream dlm mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.

Cara2 bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian ttp semula dgn whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.

Terliur kejap...emmm dapnye dapnye.....



Rhythm Of LOVE

Assalamuaikum blog shidaonyx...=).

Lagi 15 minit nak balik kerja. Hari ni aku asyik ulang dengar lagu yang sama. Sampai muak. Yela fall in love dengan lagu 'Rhythm of love' la katakan..konon..hehehe...

Jom layan lagu ni lagi sekali sebelum balik!

http://youtu.be/JWiwuiT58Yc

Ok bye.... =)

Saturday, November 3, 2012

Atas Permintaan Beliau..

Assalamualaikum :)

Dah lama tak update blog ni. Apa khabar blog shidaonyx? owh mesti la baik-baik macam owner dia kn? hehehe....Sebenarnya banyak juga benda yang aku terfikir nak share dalam blog ni, tapi disebabkan kekangan kemalasan melanda dan kekangan masa (err..yeke tak da masa?) blog ni terpaksa la aku tinggal-tinggalkan. Bak pepatah kalau sayang bini tinggal-tinggalkan (ada kena mengena ke dengan blog? hehe....gedik :p).

Ok, tanpa membuang masa aku terus ke tujuan asal ye...tak nak bebel-bebel macam pah bedah. hehehe...Sebenarnya entry kali ni di atas permintaan sorang kawan dia nak aku update pasal event yang kami pi pada 20/09/2012. Event ni adalah event company sorang daripada kawan aku jugak (maaf identiti tak bole didedahkan hehe..). Dia boleh invite 3 orang lagi untuk join event ni. So aku antara makhluk Allah yang terpilih untuk menyertai event ni (kata beliau aka kawan aku tu :p). 

ha, nin diaaa invitation poster event tu..hehe

Dimulakan dengan bismillah..hehe aku dengan kawan baik aku (maaf identiti tak dapat di publish di sini haha poyo tak?) dari KL bertolak di pudu lepas habis kerja untuk balik ke Taiping menjoinkan diri ke event di atas. Alhamdulillah sampai Taiping dengan selamatnya lebih kurang pukul 11pm lebih. Disebabkan da sampai lewat dan tak nak menyusahkan sapa-sapa aku pun tumpang menginap di rumah kawan baik aku tu dan dalam masa yang sama nk memudahkan perjalanan event esok hari (cewahh....rapi punya perancangan ni..hehehe).

Siap breakfast bihun singapore (mak kawan baik aku masak..sedap!!), kami pun dijemput oleh encik merah milik kawan aku yang request aku update pasal event ni (err...identiti di rahsiakan jugak..haha ntah apa-apa je kannn?). Ok, kami sampai ke destinasi yang dituju dengan selamatnya (Alhamdulillah). 

Event bermula pukul 8.00am dan kami pun mendaftar diri dan masing-masing dapat goodie bag sorang satu..masing-masing dengan muka excitednya tengok apa ada di dalam. hehe....(ala-ala kanak-kanak ribena). Event berlansung dengan meriahnya dan yang paling best ada tarian gangnam style. Kawan-kawan aku hanya mampu tersenyum tersimpul malu tengok instructor dancer tu buat tarian gangnam style. (tau depa pun teringin nak buat tapi malu. hahaha). Aku buat jugak tapi dalam hati je...hahaha boleh tak macam tu? Kami pun join dengan games yang ada..(nanti aku tempek gambar ok..).

See ada lucky draw la! hadiah menarik kan? (Cer tengok poster kat atas..hehe). Untuk lucky draw pulak semua yang datang event ni akan bawa balik something even sekecik-kecik alam hadiahnya. Hadiah yang besar tu tak dapat sebab tak berapa nk bertuah sangat (huhu). Tapi alhamdulillah la at least dapat jugak kan? Aku dapat biskut munchys (err...boleh la dari takdak lansung). kawan-kawan pula ada yang dapat thumdrive (berapa MB ntah?), keychain angry bird (paling cute la yg ni) dan toto (aku nk dia yang dapat..hehe).

Ni gambar-gambar yang aku roket dari kawan aku.. (catch the moment before it's gone). Dia duk snap gambar sampai gambar dia takde (kesian..hehe :p).

yang tengah-tengah tengah mamai lagi time mula sampai event...

dah besar panjang budak 3 orang ni...(yg snap gambar pemalu tak nk muka dia masuk..hehehe)

oppa gangnam style. (tukang snap gmbar menari sekali ni...hehe :P)

teruja tengok gangnam style...tak tau apa yang syok sgt tu..

penunggang kuda berjaya 1 :P

penunggang kuda berjaya 2

penunggang kuda berjaya 3..hehe

leen duk tunjuk cara main piring terbang...

bola ni kami menang..kami punya....

ni baru cara main yg betol...hahaha...(1 hadiah pun tak dapat :P)

orang mintak belon tak nak bagi...clown kedekut!

Tuan tanah :p

sekali pandang macam adik beradik tak kami? hehe

Ada additional story lagi nih? nak cerita ke tak? Ok la aku cerita gak sebab tahap kerajinan ada sikit 50% (hehehe). Lepas habis event kami berempat berjimba pulak. Ada orang nk main bowling. So ikutkan jela sebab aku kan peneman setia (setia la sangat kn? hehe :P). Kami main boling dekat Bukit Jambul )tak silap aku la, ingat-ingat lupa). Kami main pair dan the best thing aku dengan team aku menang...Yehaaa! (pada hal teammate aku yang terer aku main asyik senget je..hehehe :P). 

Yang paling menarik ada orang nk derma sugar glider (anak kesayangan sorang kawan aku, hehe). Boleh tertinggal anak dekat tempat boling..(ish2..excited sangat la tu..takpa paham :P). Lupa nk cerita, kawan aku ni ada bela sorang anak nama dia 'Sakura'. Comel sangat-sangat..beliau akan menjerit-jerit kalau orang yang tak kenal cuba pegang dan main-main dengan dia (hehehe...). Aku pulak rasa nk picit-picit je beliau...(hahahaha).

Ok-ok, ulasan aku dh sampai ke pengakhiran. Tapi sebelum tu nak habaq mai ada benda yang lagi best. Makan tutti fruiti. Ada orang yang rela hati nak belanja ais krim tutti fruiti..(dapnye!! dapnye!!). For the first time cuba makan best! makan sekali rasa nk makan lagi (lalalala sambil menyanyi nyanyi kecil...hahaha :P).

mai semangkuk...hehe

Sehari suntuk berjalan aku dengan kawan baik sampai rumah dengan selamatnya (Alhamdulillah). Apa pun, kami enjoy and fun for that day. Terima kasih pada yang terlibat (hehe).

Nota kaki : identiti tak dapat didedahkan la konon kn? tu gambar dah ada..kenai la sapa mereka-mereka dan beliau kn? hehe....:p