Saturday, November 24, 2012

Book Processing

Assalamualaikum...

Aku dilahirkan sebagai seorang pustakawan. Ya, apa jugak pekerjaan kita sekarang adalah rezeki kita kan? So, bersyukurlah anda dikurniakan rezeki dengan pekerjaan itu..(chewahhh..hihi) . :)

Tugas seorang pustakawan memang tak boleh lari dari buku, buku dan buku..(brape banyak buku la kn? hehehe..). Ok, untuk 3 minggu ni aku bertugas sorang-sorang sebab bos kesayangan (errk sayang ke? huhu) pergi kursus BPG (Bengkel Pendidikan Guru) di Kajang. So dengan senang hatinya aku bekerja sorang diri 6 hari seminggu. Wow! bestnya cuti sehari! huhu..

Sepanjang seminggu ni aku sibukkan diri memproses buku-buku yang baru sampai. Tak banyak pun, dalam 13 copy je. Then, aku proses pulak buku-buku backlog. Buku-buku backlog ni kira macam buku- buku lama yang belum di process lagi. Macam mana gaya nak process buku ni ya? ok, meh aku cite sikit mcm mana nk process buku.

The first thing kena receive buku, then baru lah buku-buku tu boleh di process. Berikut, step by step macam mana aku process buku. (kalau ada yang tertinggal nasib la) hehe..Walaubagaimanapun proses ni depends pada polisi sesebuah perpustakaan lah. Disebabkan perpustaakaan aku masih belum implement full sistem maka, proses ini aku buat manual je.

1. Bagi unique number pada tiap-tiap buku yang smpai. (accession number). Kira macam no lahir buku tu la, supaya kita dapat tau holding library kita at the end and memudahkan pengguna retrieve semula buku tersebut.

2. Lepas tu kita check biblio data buku tu dan masukkan dalam sistem (if ada sistem la). Sebagai contoh kita boleh retrive biblio data dari mana-mana perpustakaan dengan hanya mengimport data dari perpustakaan yang already ada details buku tu. Detail buku seperti judul buku, pengarang, ISBN, physical description, subjek dan etc.

3. Selesai key in biblio detail, bermakna buku tu dh selamat direkodkan dalam sistem yg diguna pakai. Proses ini sangat senang bila kita menggunakan sistem dan semua proses adalah di atas talian dan dihujung jari. Proses ini iala copy cataloging orang panggil. Copy cataloging tu merupakan way utk menkatalogkan buku-buku. Segala maklumat buku kita boleh import dari library lain (kira mcm copy n paste la..) tp ini dibolehkan sebab dalam dunia cataloging kita boleh share maklumat buku yang sama. (sharing is caring kn? =) ).

4. Dan yang paling penting, setiap buku yang di proses mestilah diberi call no. Apa gunanya call no ni pulak? call no ni sebenarnya gabungan nombor dan huruf di mana ianya untuk mengroupkan buku-buku mengikut kategori masing-masing. (err..orang faham ke ntah apa yg aku nk sampaikan ni..huhu). Contonya, menggunakan sistem pengkelasan DDC atau LOC. (ha org lain mst tak paham except budak-budak library sebab benda-benda ni mmg makanan ruji dorang...hihi).

5. Kemudian, print out call no utk buat label pada buku yang di proses. Orang panggil spine label. Nanti aku tunjuk gambar ok! Akhir sekali buku yang telah siap di proses boleh la disusun pada rak mengikut kategori masing-masing...Sekian.....


buku-buku yang belum diproses

ini lah dia spine label =) n dekat spine label ada call number..

PC ni da tak boleh bukak..Oh my God...habisla....

Dah siap proses






No comments:

Post a Comment