Monday, December 31, 2012

Hari-hari terakhir 2012

Menghitung hari, detik demi detik..macam lagu la pulak kn, hehe..

Hari-hari terahir sebelum kita melangkah ke tahun baru. Ya, selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013...Agak-agaknya tercapai ke tidak azam tahun ni? Macam mana pulak azam tahun depan? dah siap buat list ke? err...belum...huhu.

Sebenarnya aku takda azam..ha? tak adventure lansung kan? huhu...ok2, bukan la takda azam, aku ada la set sesuatu jugak dalam hidup aku lepas je habis belajar dlu. Cuma aku takda jot down betul-betul apa yang aku nak capai. Dan mungkin separuh je azam yang aku buat tu tercapai dan separuh lagi hilang entah ke mana..kikiki...

Sebenarnya penting untuk kita senaraikan apa azam kita untuk tahun baru ni. So that, baru lah kita nampak apa yg perlu kita buat untuk mencapai azam tu. Betul ke idak? sapa stuju angkat tangan! Okey, banyak juga azam baru yang terlintas dalam kepala..malam ni kita mula senarai ya!

Pastikan azam yang kita buat tu realistik dengan kemampuan diri. Kalau rasa-rasa tak mampu tu tak perlu la kot kan. Kalau betul-betul mampu,why not? Sebab, nothing impossible kan? Lagi satu, yang paling penting, jangan hangat-hangat tahi ayam. Ha, maksudnya jangan la mula-mula je bersemangat nak buat azam macam-macam tapi at last, biarkan je azam tu berkubur bak kubur tak bertanda. err...merepek apa ntah? hihi :p. Maksud aku kat sini, usaha, semangat, dan azam kena seiring barulah azam kita akan tercapai. Ok, got it?

Tahun 2012 banyak meninggalkan kenangan manis untuk aku. Lepas je habis belajar aku kerja dekat Kuala Kangsar, dah mula melangkah setapak jauh. Dan tak lama lepas tu aku ke Ipoh, dua langkah lebih jauh. Dan sekarang aku di Damansara, Selangor tiga langkah maju kehadapan. Cewah-cewah...actually langkah aku memang banyak sebab aku ni kaki panjang dan suka berjalan. hihihi. Dan yang paling terkini aku bakal melangkah lagi, ke utara....tunggu....

Disebabkan aku seorang yang suka plan macam-macam dan suka buat kerja last minute maka banyak lah benda yang aku tak sempat nk buat. Al-maklumlah aku pun baru setahun jagung dekat Damansara ni. Baru 9 bulan je lebih kurang. Tapi banyak yang aku belajar dekat sini especially pasal skop kerja aku sekarang, kawan-kawan, environment and culture company dan macam-macam perangai aku jumpa. Ok, malas nak merepek panjang ...just nak tempek-tempek gambar kenangan sepanjang tahun 2012 ni. 

More to see pictures....

Monday, December 17, 2012

Seminggu bercuti


Hari ni hari pertama aku keja setelah seminggu aku berehat. Alhamdulillah puas sangat bercuti. hehe. Cuti seminggu buat apa? err....lamanya? aku ada majlis. Cewahh majlis apa je tu?
 
Pada 15/12 majlis walimatu urus sepupu aku berlansung di Parit Tok Ngah Parit Buntar. Tema depa pink belacan. Cantik sangat, aku suka! simple but nice =). Aku pun tak faham kenapa, biasalah kalau orang yang sebaya kita dh kawen dan dekat-dekat mesti kita pun kena tempiasnya. 'shida bila lagi, lepas ni tunggu kenduri shida jela lepas ni' suara-suara orang yang berkaitan. Ok, memang ditujukan untuk aku, sapa lagi nama shida? huhu.....aku pun senyum tak perlu kata apa-apa....sekian...


Myda & Hilmie - Semoga berbahagia ke anak cucu.....
 
Dalam hari yang sama, kami menyambut kedatangan orang baru. Baby kakna selamat dilahirkan pada tarikh yang sama dengan wedding sepupu aku iaitu 15/12 pada pukul 12.15pm. Alhamdulillah bertambah lagi sorang bilangan anak buah aku. Anak buah yang ke 25 orang tak silap aku..errr ramai sangat kadang-kadang sampai tak ingat nama anak-anak buah sebab muka lebih kurang sama. huhu...
 
Kakna selamat melahirkan adik alisha nur humaira. Baby boy seberat 2.8kg. Alhamdulillah dapat sepasang.. beza setahun and then aku rasa bila dah besar nanti mesti adik yang jaga kakak. =)
 
 

 Welcome my dear baby : Muhammad Adam bla2....(belum decide lg nk letak nama apa).
 
 

Thursday, December 6, 2012

Am I selfish and childish?

Saya tak dapat release leave awak untuk seminggu? What...but why bos? Sebab hari yang awak apply leave tu saya ada meeting. Ok the whole day asyik meeting ke bos? Ya, maybe the whole day...Ok fine...........(aku terdiam, dalam hati Tuhan je yang tau macam mana). Yes, aku keras kepala dan suka ikut kepala sendiri. Tapi aku ada alasan sendiri kenapa aku perlu cuti. Even tak approve aku tetap gak nak cuti dan nak balik Perak. Tak peduli!

Am I too selfish? Am I? Am I???

Wednesday, December 5, 2012

Malaysia vs Indonesia

Semoga hari ini lebih baik dari semalam (yes, ini kata-kata semangat untuk diri sendiri). Walaupun hari yang aku lalui hari-hari rasa macam sama je, aku still mengharap hari ini lebih baik dari semalam. Salah satu cara untuk aku motivate diri sendiri. Oh, actually terasa sangat bosan dengan rutin yang sama, I need more challenges, I want different! (Sabaq naa....).

Ni nak cerita pasal aktiviti yang aku dan kawan-kawan aku buat weekend hari tu. Both my weekend were fully utilize as well. Wah, sound good kan? hehe... Macam biasa, hari sabtu yang lepas aku kena bertugas jaga library (yela aku kan security library la katakan, kerja aku mmg jaga library je =P ). Students ramai jugak yg datang pada hari tu, so aku tak lah rasa alone sangat di library. Depa pun macam kesian je tengok aku kerja sorang-sorang (tak suka bila org kesiankan aku..huhu). Ada jugak yang datang borak-borak 'cik, tak bosan ke kerja sorang-sorang ni?, mana akak yang lagi sorang?' aku hanya mampu tersenyum simpul macam makanan simpul kasih tu...dan menjawab 'dah tanggungjawab dik, kita kena happy la buat kerja kita' (cewahhh ayat macam tough gila je aku kn? haha).

Ok next.........

Malam tu aku buat pertama kalinya join kawan-kawan tengok bola live di Stadium Bukit Jalil. Best tak? Ok best and I've got great experience! The best thing is pasukan bola sepak negara kita menang! Yaaa....2-0! Cayalah! Rasa berbaloi tengok bola dekat stadium bila pasukan bola sepak kita tunjukkan permainan yang sangat bagus...Aku macam biasa, aku akui memang aku kaki bangku dan tak tau lansung pasal bola ni..yang aku kenal Apek je..alaa...penjaga gol tu, yang muka macam korean tu..hihi =p. Bila tengok live ni sebenarnya lain dari tengok depan tv dekat rumah. Semangat tu lain. Aku yang tak suka jerit-jerit ni pun terjerit dan bersorak sekali bila pemain Malaysia dapat gol! yes....it is, tak kan nak tengok tanpa perasaan kn? kena la bersemangat siket, baru la ada feel orang kata. (hehehe..). Orang sebelah aku pun sama...kiri dan kanan dua-dua bersemangat waja....Especially orang sebelah kiri aku la, semua pemain dia kenal..(kata dia depa semua kawan 1 sekolah.....ok ni aku tipu! hehehe =p). Tahniah sekali lagi buat pemain-pemain Malaysia! =).




Thanks for the free ticket =)

Barisan pemain bolasepak negara

nice poster isn't?
Whole weekend were used very well i just said just now right? Hari Ahad, keesokkannya merupakan hari bahagia buat Zam dan Cik Bu..(my classmates, dorang bercinta since belajar lagi =)). Alhamdulillah akhirnya kawin jugak ye...(buat gaya makcik-makcik..hehehe..). 2/12/12 tarikh yang agak cantik kan? =). Pagi diorang nikah dan terus kenduri dan sanding (err... ada ke sanding ntah? takpe abaikan). Tema wedding dorang, purple. Pelamin pun simple and nice. Boleh view dari gambar yang aku curi cari fb hani..hehe..... (upss....sorry hani terambik la pulak........). Semoga mereka berbahagia dan diberkatiNya...amin. Insya'Allah. =).


Syuk terpaksa jadi pengapit bidan terjun.....hehe



kawan-kawan kelas..miss them a lot =)

singgit 2..ops...hehe....dua awek cute.

simple then nice

hoi, runtuh katil pengantin! jerit pengantin dalam hati..hahaha

Pengantin yang cantik dan tampan...okey..bagi chance...hehe



Saturday, December 1, 2012

Anda Sihat?

Assalamualaikum blog shidaonyx! Sihat kan? Alhamdulillah, syukur...... =).

Ida, awak nampak dah gemuk la..ok agak keterlalauan di situ cakap aku dah gemuk! hehe..ok, fine...terpaksa terima hakikat walaupun pahit untuk ditelan.(hehehe..poyo gila.).  

Sebenarnya, memang ya aku akui memang aku rasa badan dah sedikit berisi dari sebelum ni. Tapi takpe, bagus apa.. Yang penting sihat walafiat kan? Ok, mungkin jugak banyak faktor yang boleh buatkan kita semakin berisi (chubby bahasa omputih..huhu..). Bagi aku as long berat badan yang seimbang disamping keadaan badan yang berisi sikit tak de masalah. Yang penting jangan smpai tahap obesiti. Sebab, kalau badan dh terlalu gemuk, macam-macam penyakit akan suka dan berkenan kt kita. See, menakutkan kan?

Okeyh, aku nak share sikit pasal satu produk yang aku baru cuba-cuba nak amalkan ni. Ia adalah sejenis minuman koko campuran yang ada macam-macam khasiat especially untuk wanita. (cewahh aku da pandai layan produk cm gini...ada improvement tak? hehe..). Di bawah sedikit info pasal cocoa collagen ni..Jom go through satu-satu..kita tengok apa khasiat dia!




COCOA COLLAGEN MENGANDUNGI:


  • Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
  • Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim,faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
  • Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
  • Krimer bukan tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
  • Dextrose monohydrate - Melambatkan proses penuaan
  • Oligo saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

KEBAIKAN DAN KHASIAT:

  • Membantu mengimbangi hormon
  • Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
  • Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
  • Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
  • Melambatkan proses penuaan
  • Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
  • Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
  • Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Memberikan tenaga
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut
  • Melancarkan peredaran darah dalam badan
  • Mengimbangi berat badan
  • Meningkatkan daya penghadaman
  • Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot

See, banyak kan khasiat dia? So aku rasa tak rugi kalau kita habiskan RM50 sebulan untuk kesihatan jangka masa panjang. Untuk mendapat kesan yang efektif: Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut. Kemudian barulah di campur dengan air untuk suamkan dan minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam. Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang. Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya!


Selamat mencuba! =)