Wednesday, December 5, 2012

Malaysia vs Indonesia

Semoga hari ini lebih baik dari semalam (yes, ini kata-kata semangat untuk diri sendiri). Walaupun hari yang aku lalui hari-hari rasa macam sama je, aku still mengharap hari ini lebih baik dari semalam. Salah satu cara untuk aku motivate diri sendiri. Oh, actually terasa sangat bosan dengan rutin yang sama, I need more challenges, I want different! (Sabaq naa....).

Ni nak cerita pasal aktiviti yang aku dan kawan-kawan aku buat weekend hari tu. Both my weekend were fully utilize as well. Wah, sound good kan? hehe... Macam biasa, hari sabtu yang lepas aku kena bertugas jaga library (yela aku kan security library la katakan, kerja aku mmg jaga library je =P ). Students ramai jugak yg datang pada hari tu, so aku tak lah rasa alone sangat di library. Depa pun macam kesian je tengok aku kerja sorang-sorang (tak suka bila org kesiankan aku..huhu). Ada jugak yang datang borak-borak 'cik, tak bosan ke kerja sorang-sorang ni?, mana akak yang lagi sorang?' aku hanya mampu tersenyum simpul macam makanan simpul kasih tu...dan menjawab 'dah tanggungjawab dik, kita kena happy la buat kerja kita' (cewahhh ayat macam tough gila je aku kn? haha).

Ok next.........

Malam tu aku buat pertama kalinya join kawan-kawan tengok bola live di Stadium Bukit Jalil. Best tak? Ok best and I've got great experience! The best thing is pasukan bola sepak negara kita menang! Yaaa....2-0! Cayalah! Rasa berbaloi tengok bola dekat stadium bila pasukan bola sepak kita tunjukkan permainan yang sangat bagus...Aku macam biasa, aku akui memang aku kaki bangku dan tak tau lansung pasal bola ni..yang aku kenal Apek je..alaa...penjaga gol tu, yang muka macam korean tu..hihi =p. Bila tengok live ni sebenarnya lain dari tengok depan tv dekat rumah. Semangat tu lain. Aku yang tak suka jerit-jerit ni pun terjerit dan bersorak sekali bila pemain Malaysia dapat gol! yes....it is, tak kan nak tengok tanpa perasaan kn? kena la bersemangat siket, baru la ada feel orang kata. (hehehe..). Orang sebelah aku pun sama...kiri dan kanan dua-dua bersemangat waja....Especially orang sebelah kiri aku la, semua pemain dia kenal..(kata dia depa semua kawan 1 sekolah.....ok ni aku tipu! hehehe =p). Tahniah sekali lagi buat pemain-pemain Malaysia! =).




Thanks for the free ticket =)

Barisan pemain bolasepak negara

nice poster isn't?
Whole weekend were used very well i just said just now right? Hari Ahad, keesokkannya merupakan hari bahagia buat Zam dan Cik Bu..(my classmates, dorang bercinta since belajar lagi =)). Alhamdulillah akhirnya kawin jugak ye...(buat gaya makcik-makcik..hehehe..). 2/12/12 tarikh yang agak cantik kan? =). Pagi diorang nikah dan terus kenduri dan sanding (err... ada ke sanding ntah? takpe abaikan). Tema wedding dorang, purple. Pelamin pun simple and nice. Boleh view dari gambar yang aku curi cari fb hani..hehe..... (upss....sorry hani terambik la pulak........). Semoga mereka berbahagia dan diberkatiNya...amin. Insya'Allah. =).


Syuk terpaksa jadi pengapit bidan terjun.....hehe



kawan-kawan kelas..miss them a lot =)

singgit 2..ops...hehe....dua awek cute.

simple then nice

hoi, runtuh katil pengantin! jerit pengantin dalam hati..hahaha

Pengantin yang cantik dan tampan...okey..bagi chance...hehe



No comments:

Post a Comment