Monday, December 17, 2012

Seminggu bercuti


Hari ni hari pertama aku keja setelah seminggu aku berehat. Alhamdulillah puas sangat bercuti. hehe. Cuti seminggu buat apa? err....lamanya? aku ada majlis. Cewahh majlis apa je tu?
 
Pada 15/12 majlis walimatu urus sepupu aku berlansung di Parit Tok Ngah Parit Buntar. Tema depa pink belacan. Cantik sangat, aku suka! simple but nice =). Aku pun tak faham kenapa, biasalah kalau orang yang sebaya kita dh kawen dan dekat-dekat mesti kita pun kena tempiasnya. 'shida bila lagi, lepas ni tunggu kenduri shida jela lepas ni' suara-suara orang yang berkaitan. Ok, memang ditujukan untuk aku, sapa lagi nama shida? huhu.....aku pun senyum tak perlu kata apa-apa....sekian...


Myda & Hilmie - Semoga berbahagia ke anak cucu.....
 
Dalam hari yang sama, kami menyambut kedatangan orang baru. Baby kakna selamat dilahirkan pada tarikh yang sama dengan wedding sepupu aku iaitu 15/12 pada pukul 12.15pm. Alhamdulillah bertambah lagi sorang bilangan anak buah aku. Anak buah yang ke 25 orang tak silap aku..errr ramai sangat kadang-kadang sampai tak ingat nama anak-anak buah sebab muka lebih kurang sama. huhu...
 
Kakna selamat melahirkan adik alisha nur humaira. Baby boy seberat 2.8kg. Alhamdulillah dapat sepasang.. beza setahun and then aku rasa bila dah besar nanti mesti adik yang jaga kakak. =)
 
 

 Welcome my dear baby : Muhammad Adam bla2....(belum decide lg nk letak nama apa).
 
 

No comments:

Post a Comment