Wednesday, March 27, 2013

Hati tolong bersabar...

'Hari ini lebih baik dari semalam'. 
...................................................................................................................................................................
Ungkapan yang positif untuk memotivasikan diri sendiri. Dan ungkapan yang menandakan kita bersyukur sebab mampu lagi buka mata dan bernafas macam biasa.. Tapi cukup bersyukurkah kita?

Hopefully, and supposely today is better than yesterday. Masing-masing ada ujian dalam hidup, dan setiap ujian tu berbeza. Allah bagi sesuatu dugaan dan ujian yang hambanya mampu, ujian jugak adalah satu rahmat sebenarnya. Kita, manusia selalu lupa rite? So, that's why Allah bagi kita ujian untuk kita selalu ingatkan Dia, mohon pada dia untuk lalui dugaan tu dengan tabah. Why I said Ujian itu satu rahmat? Dengan ujian atau dugaan lah kita boleh belajar sesuatu dalam hidup dan ujian jugalah yang bagi kita kekuatan untuk teruskan hidup..betul kan?

Kadang-kadang kita sedih dan berdukacita sebab apa yang kita minta padaNya belum termakbul. Kita tak dapat apa yang kita inginkan. Sebenarnya Allah dah merencanakan yang terbaik untuk kita. Dia nak kita selalu berdoa dengan penuh harapan. Yes, dengan penuh mengharap, dan serahkan segala-selanya pada Dia. Ingatlah, Allah sentiasa mendengar luahan hati hambanya...Dia sentiasa ada bila kita perlukan, just tadah tangan dan berdoalah.. =). Insya'Allah doa kita akan termakbul, dan kalau tidak, mungkin Dia nak bagi yanglebih baik dari itu. He knows everything and He know what's the best for hambanya..

Jadi, sentiasa ingatkan diri, jangan lupa bersyukur dengan apa yg Dia bagi. Redha itu memberi kebahagian dan ketenangan. Actually itu yang kita cari dan semoga Dia bg kebahagian dan ketenangan yang kita cari. Macam mana? Solatlah, sentiasa berdoa, tinggalkan apa yang Dia larang, buatlah kebaikan dan redha serta bersyukurlah...

'Jangan berputus asa jika Allah menunda apa-apa yang kamu sukai. Jangan bersedih hati tetapi bersabar dan tersenyumlah..kerana Dia berfirman dengan penuh kasih sayang....' 
(al-Insyirah : 6)


No comments:

Post a Comment