Thursday, August 2, 2012

YES or NO?

Will you marry me? just say YES or NO. Full stop....

 

------------------------------------------------------


 
Mungkin ada sesetengah kita selalu bertanya pada diri sendiri. Kenapa aku susah nak dapat apa yang diminta, kenapa kehidupan aku tak sama macam orang lain? dan banyak lagi la persoalan-persoalan yang tak mampu untuk dijawab sendiri.

Tiap-tiap orang punyai takdir sendiri. Allah memerintahkan malaikat meniupkan roh dah tulis segalanya bermula usia kita 4 minggu dalam kandungan. Takdir seseorang itu telah tertulis iaitu rezeki, ajal, amalan, dan keadaannya (beruntung atau celaka) dan jodohnya.

Topik yang nk diceritakan adalah mengenai jodoh sebenarnya. Ada orang senang dan amat mudah bertemu dengan jodohnya dan ada juga yang sukar. Macam mana pulak dengan aku? susah ke senang? hmm jap eh kena pikir dulu sebelum jawab.....huhu...


------------------------------------------------------------------

 

Zaman sekarang, orang suka kawen muda. Percaya tak? ok, kalau tak xpe...xkisah pun. hehe.. tapi apa yang aku perasan macam tu la. baru-baru ni aku tertengok satu video perkahwinan budak umur 15 tahun (pengantin lelaki) n pengantin perempuannya umur 14 tahun. Muda betul dah kawen? lepas pulak dorang ye? Menjadi tanda tanya pulak aku. Tapi itu lah hakikatnya, umur 15, 14 tahun pun dh kawen. Rasa macam dah kembali ke zaman dolu-dolu pulak...

 
Kawan-kawan aku pun dah ramai mendirikan masjid dan bakal mendirikan masjid. Aku pun tumpang happy untuk dorang =). Bila pegi je wedding sapa2 mesti aku pun tak dapat lari dari soalan 'shida, hang bila lagi?'. Aduhh, macam mana nk jawab ya. kena pikir dlu gak ke sebelum jawab? huhu.. Tanpa aku pikir, mulut aku yang jawab dulu, 'insya'Allah kalau ada jodoh' tak pun 'lambat lagi kot'....... Perlu ke jawab cmtu ek?

Sekarang ni aku cuba positifkan diri. Bila ada orang tanya bab-bab jodoh ni aku akan jawab 'Insya'Allah'. Itu yang terbaik sebab jodoh tu rahsia Allah dan Dia akan temukan kita dengan pasangan kita bila sampai masanya. Bagi aku bukan sesuatu yang mudah untuk buat keputusan mendirikan masjid atau berumah tangga ni. Kita perlu bersedia dari semua aspek dari segi mental (iman, rohani, mentaliti) , fizikal dan material (duit la apa lg). Sudah bersedia ke nk tempuh alam perkahwinan kalau semua aspek tu belum cukup?




Sebelem melangkah ke situ aku rasa perlu sangat-sangat belajar ilmu secukupnya. Contohnya cara ibadat pun kena betulkan, amalan, ilmu-ilmu agama, pasal kehidupan rumah tangga, tanggungjawab dan banyak lg yang kena balajar. Salah satu medium melalui pembacaan buku atau surf internet jela. Taip saja apa-apa yang korang nak for sure ada je maklumat yang berkaitan. Tapi kena pandai pilih la, maklumat yang mana boleh pakai sebagai rujukan.

Syok bergoogle aku terjumpa satu page yang promotekan buku motivasi di atas. Tajuk entry dia "Remaja Nan Bercinta" dari ilahi.com. So sapa2 yang blum kawen tu dan mungkin yang bakal berkawen boleh la cari buku ni dekat mana-mana kedai buku. :)
 
YES or NO ? terpulang pada diri sendiri. Terpulang pada aku dan terpulang pada kamu di luar sana.

No comments:

Post a Comment